NEW YORK- Pasangan selebriti, Jay-Z dan isterinya, Beyonce hadir dalam satu tunjuk perasaan di sini pada Sabtu lepas.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut keadilan dberhubung kematian seorang remaja kulit hitam, Trayvon Martin.
Martin, 17, mati ditembak seorang anggota rukun tetangga AS, George Zimmerman pada 26 Februari tahun lalu selepas mereka bertengkar di kawasan komuniti berpagar di Sanford.
Beyonce, 31, dan Jay-Z percaya bahawa undang-undang AS tidak dilaksanakan dengan adil apabila mahkamah membebaskan Zimmerman pada minggu lalu.
Penyanyi lagu Irreplaceable itu dan Jay-Z dilihat bergambar bersama ibu Martin, Sybrina Fulton dan pemimpin hak sivil kulit hitam, Al Sharpton.
Namun, mereka enggan ditemu bual.
Menurut portal hiburan TMZ.com, pasangan popular itu turut mengambil beberapa minit dalam persembahan mereka baru-baru ini untuk memberi penghormatan kepada mendiang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment