Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Terkini!!Malaysia Bakal Di landa Fenomena Hujan Meteor

on Monday, August 12, 2013

Terkini!!Malaysia Bakal Di landa Fenomena Hujan Meteor


http://s1.ibtimes.com/sites/www.ibtimes.com/files/styles/v2_article_large/public/2012/10/04/2011/08/15/146878-perseid-meteor-shower.jpg
Pancuran Meteor Perseid

Malaysia bakal menyaksikan Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin 12hb 8 2013 sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin.


sumber

Awas!Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!

on Friday, August 9, 2013

Awas!Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!


Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan

GEMPAR!!! Kadar Tol Istimewa Sempena Sambutan Hari Raya 2013

on Friday, August 2, 2013


KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.


 Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.

 "Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam. - Kosmo

Lagi kes hina Islam, Ucapan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing dengan tema takbir raya (Video)


Hari ini sekali lagi heboh laman sosial apabila satu video dimuatnaik dan disebarkan mengenai seorang lelaki yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan tema Takbir Raya bersama tiga ekor anjingnya. Mungkin tujuan asalnya mahu mempromosikan anti-racism namun tidak kena pada tempatnya.

Anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.

Antara komen didalam Facebook

Rata-rata komen mahukan si pembuat video tersebut dikenakan tindakan sama seperti yang diterima oleh pasangan kontroversi Alvin dan Vivian.

Namun, Admin telah membuat semakan laman blog lelaki berkenaan pada alamat http://www.cekap.org. Domain tersebut bukan lagi kepunyaan lelaki itu. Sebaliknya telah berpindah ke blog percuma di alamat http://anjingcekap.blogspot.com. Blog itu tidak lagi dikemaskini dan post terakhir ialah pada 4 Ogos 2010.

Artikel terakhir dalam blog cekap
Hasil pencarian google telah membawa admin ke akaun youtube lelaki bernama Chetzyusof. Video yang dikatakan menghina Islam itu sebenarnya telah diupload pada 6 September 2010 dengan tajuk "Iklan Raya 2010". Melihat kepada ruangan komen, memang ramai yang tidak berpuas hati dan dan tidak kurang juga yang mengutuk video tersebut. (Ruangan komen dan butang like/dislike telah di disabled kan oleh Chetzyusof)


Melalui info, Chetzyusof merupakan seorang Melayu beragama Islam. Dengan sedikit research, jika membaca post-post terbaru di Facebook Personalnya, Chetzyusuf memang amat obses dengan anjing.  Kini dia menjadi seorang pelatih anjing dan menawarkan khidmat latihan anjing di sekitar lembah Klang dengan mengikut tips-tips yang diberikan.

Mungkin kerana kurang pengetahuan dan keliru dengan Islam, dia bertindak menerbitkan video tersebut. Umat Islam tidak harus cepat melatah, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Lagipun video ini telah lama dimuatnaik, agak pelik pada 2010 tiada sebarang tindakan dikenakan jika lelaki ini terbukti bersalah.

Video


Sumber : FB

UPDATE

1) Who is Chetz Yusof



2) Informasi Chetz Yusof

Servis Latihan untuk anjing


Pekerjaan kini: Pelatih Anjing
Kerjaya: Engineer, Usahawan
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 38 Tahun
Agama: Islam

Laman FB Personal- https://www.facebook.com/chetzyusof
Laman Page Cekap - https://www.facebook.com/cekap
Website/Contact - http://chetztogom.com/legend/contact/


3) Chetz Yusof bukanlah seorang lelaki sebaliknya adalah seorang wanita. 
Female Magazine - August 2011
4) Chetz Yusof telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Damia Izara Dipersilakan Bogel Keliling Kuala Besut

Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.
Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.
Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.
Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.
Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.
Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.
** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut.

Serius ~ Honda Accord Naik Beca

Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan ramai pengguna jalan raya apabila beliau mengayuh becanya itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.

Di fahamkan, kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. 
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Penampilan baru Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah

on Thursday, August 1, 2013

Sekian lama menyepikan diri dari orang ramai, kini Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 11, Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman muncul kembali di khalayak ramai.

Baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.

Wajah baginda amat dirindui oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Menjadi balu di usia cukup muda iaitu 30 tahun bukanlah satu perkara yang mudah. Kini, setelah 12 tahun berlalu, baginda muncul dengan semangat yang baru.

Menjadi suri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada usia muda iaitu 19 tahun dan ditabal menjadi Permaisuri negeri Selangor pada usia 27 tahun iaitu pada 28 Oktober 1998. Setahun kemudian menjadi Raja Permaisuri Agong ke 11 dan termuda dalam sejarah negara.

Nyata aura baginda masih mampu memukau sesiapa yang menmandangnya. Tingkah lakunya masih sopan seperti seorang permaisuri. Tutur katanya halus dan lirik matanya masih ayu seperti dahulu.Kemunculan semula baginda dengan gaya yang lebih anggun pasti mengubat rindu semua. Ternyata, di usia 42 tahun, baginda lebih matang dalam menempuh hari-hari mendatang.

Berikut gambar terbaru YAM Permaisuri Siti Aishah :





Semoga YAM Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman,DK,DMN,DA(Sarawak),Grand Cordon of the Order of Chula Chom Klao(Thailand),
senantiasa berada dalam pelindungan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik
sumber : http://www.wasukalu.com/

'Apartment wanita' di Jepun kenakan sewa ikut berat badan

Bayar sewa rendah jika kurus 

OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita.

Persatuan penghuni pangsapuri itu mengadakan perjanjian dengan pemilik hartanah yang mana kadar sewa apartmen ditetapkan berdasarkan turun naik berat badan penyewanya.

Penyewa yang memiliki berat badan berlebihan akan membayar sewa tinggi dan sebaliknya.

Pemilik hartanah itu bersetuju menurunkan kadar sewa sebanyak 1,000 yen (RM33) untuk setiap satu kilogram berat badan yang diturunkan secara tetap untuk tempoh tiga bulan.

Bangunan apartmen itu turut dilengkapi sebuah studio senaman dengan kelengkapan bersenam sebagai langkah untuk membantu penyewa menurunkan berat badan.

Pemilik kediaman tersebut turut menawarkan diskaun untuk alat solek, makanan ringan dan kursus pengurusan badan secara percuma.
sumber : http://sajanakcerita.blogspot.com/

Gusti Dengan Buaya Untuk Sara Hidup

on Wednesday, July 31, 2013


Miami – Seorang wanita berusia 25 tahun Ashley Lawrence melakukan kerja berbahaya untuk menyara hidupnya bergelut dengan buaya seberat 350 kilogram.

Ashley ialah sebahagian daripada kumpulan yang menyelamatkan haiwan itu dari kawasan paya di Everglades Florida sebelum dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Dia sering berdepan dengan haiwan pemangsa itu dan terpaksa bergelut dengannya untuk memindahkan reptilia berkenaan.Ashley berkata: “Apabila ia membabitkan haiwan yang perlu diselamatkan, ia memberikan saya tenaga.“Ia adalah kecenderungan saya, ia sesuatu yang saya sangat ambil berat.
sumber : http://aniekelate.blogspot.com/


GEMPAK : kerana lukisan Budak 10 tahun jadi jutawan



Kerana Lukisannya, Budak Ini Peroleh Pendapatan RM 8 Juta seawal usia 10 tahun, sudah pasti korang berasa hairan akan kemahiran yang dimilikinya...

Beliau merupakan seorang prodigi lukisan Kieron Williamson kini telah memperolehi pendapatan sekitar RM7juta hingga ke RM8juta dari hasil jualan lukisannya. Kieron telah mula menunjukkan bakat melukis pada umur 5 tahun dan telah membuat beberapa pameran lukisan di sekitar bandar Norfolk di England dan telah menjual 23 buah lukisan pada harga £242,095 ( hampir RM1juta ) .

Kieron mula meminati bidang melukis seawal usia 6tahun. Pendapatannya yang tinggi membuatkan beliau semakin didorong ahli keluarganya kerana kehidupan mereka agak susah suatu ketika dahulu. Kini, Mereka sudahpun memiliki harta yang amat mewah dan kesenangan hidup atas bakat hebat ciptaan tuhan ini.

Kieron juga telah diberikan jolokan nama Mini Monet kerana bakat melukisnya dan duit dari hasil jualan lukisan itu diuruskan oleh ibu bapanya.
sumber : http://akugilapensel.blogspot.com/

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 [Secara Online dan SMS]

on Tuesday, July 30, 2013

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 | Online dan SMS | Kepada calon-calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tahun 2014 anda boleh membuat semakan bagi mengetahui sama ada anda layak mengikuti PLKN siri 11 tahun 2014 selewat-lewatnya pada bulan Julai 2013 nanti.

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 - Online dan SMS

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN Siri 11/2014, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di http://www.khidmatnegara.gov.my/.
Calon-calon yang berjaya mendapat tempat untuk mengikuti kursus Latihan Khidmat Negara akan ditempatkan di beberapa lokasi kem penempatan PLKN  yang telah ditetapkan di setiap negeri.untuk rekod,terdapat beberapa fasa atau siri pengambilan peserta PLKN dalam setahun. 


Semakan Online Dan SMS Senarai Nama PLKN 2014
Objektif Dan Matlamat PLKN


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pengumuman Terkini

Tarikh Semakan Calon PLKN 2014


Semakan PLKN Siri 11 Tahun 2014 bagi remaja yang lahir pada 1996 boleh disemak mulai 25 Julai 2013 (Khamis) melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas di PLKN SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Calon PLKN 2014

Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 Online

Tarikh Semakan Calon PLKN Siri 11/2014

  • Calon PLKN Siri 11/2014 boleh disemak pada penghujung bulan Julai 2013


Semakan Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 - Online

  • Semakan boleh dibuat setelah tarikh rasmi diumumkan iaitu pada penghujung bulanJulai 2013.
  • Calon boleh menyemak dengan melayari tajuk pautan di bawah:


LANGKAH – KLIK KE LAMAN RASMI SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN

atau

Semakan boleh dibuat melalui salah satu server di bawah:

CHECK CAN BE MADE THROUGH EITHER ONE OF THE THREE SERVERS BELOW:




Semakan Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 - SMS

  • Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)


Taip: PLKN semak <No.KP> hantar ke 15888

atau telefon 03-40274747

Untuk semakan penempatan pelatih PLKN Siri 11/2014 kumpulan 1 anda boleh menyemak pada bulan Disember 2013.

Misteri! Kilat Abadi Di Venezuela

on Saturday, July 27, 2013


Misteri "Relámpago del Catatumbo" (kilat Catatumbo) adalah satu fenomena yang unik semula jadi di dunia.Terletak di muara sungai Catatumbo di Lake Maracaibo (Venezuela) fenomena kilat awan ke awan yangmembentuk voltan elektrik melebihi 5 kilometer tinggi pada 140 hingga 160 malam setahun, 10 jamsemalam, dan sebanyak 280 kali sejam.

Ribut ini berlaku hampir kekal di sepanjang paya di mana Sungai Catatumbo masuk ke Lake Maracaibo dania dianggap penjana terbesar ozon tunggal di planet ini, berdasarkan keamatan aruhan elektrik awan ke awandan kekerapan yang sangat besar.

Kawasan itu dilihat kira-kira 1,176,000 nyahcas elektrik setahun, dengan keamatan sehingga 400,000ampere, dan boleh dilihat sehingga 400 km jauhnya. Ini adalah sebab mengapa ribut juga dikenali sebagaiBeacon Maracaibo dimana cahayanya telah digunakan untuk pelayaran oleh kapal-kapal di masa dahulu.

Perlanggaran dengan angin yang datang dari Pergunungan Andes menyebabkan ribut dan kilat , disebabkan oleh nyahcas elektrik melalui gas terion, khususnya metana yang dicipta oleh penguraian bahan organikdalam paya. Menjadi lebih ringan daripada udara, gas naik ke awan, memberi tindak balas ribut.

Beberapa pencinta alam sekitar tempatan berharap untuk menjadikan kawasan itu di bawah perlindunganUNESCO, kerana ia adalah suatu fenomena yang luar biasa, sumber terbesar dari jenisnya untuk regenerasilapisan ozon planet.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

SITUASI KUBUR ANDA JIKA MATI DI MEKAH (4 Gambar)

on Friday, July 26, 2013

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

https://www.facebook.com/notes/boost-fanpage/perkhidmatan-pantas-dan-berkualiti-untuk-boost-kan-fanpage/239451646193147

Beginilah 'perjalanan' yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, Untungnya siapa yang mati di mekah.

Perjalanan percuma ke Masjidil Haram,di bayar oleh pakej yang kita datang, dari duit yang kita punya juga. 




Jenazah kita akan disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.


Inilah 10 Makanan Termahal Di Dunia



#10 La Bonotte Potatoes - Kentang memang murah di pasaran biasa tetapi kentang jenis ini hanya boleh dituai di Noirmoutier, sebuah pulau yang terletak di luar Barat Perancis, ia menelan belanja $ 1,543 untuk kira-kira 0.45kg.

#9 Almas Caviar - Selama bertahun-tahun, kaviar memang dianggap sebagai makanan mahal yang hanya dihidang di restoran mewah. Kaviar jenis ini diperoleh daripada ikan beluga (sturgeon) dan berharga $ 25 000 satu tin, bekas kaviar pula diperbuat daripada emas 24 karat.

#8 Matsutake Mushrooms - Makanan mahal yang amat terkenal pada tahun 80-an dan 90-an. Oleh kerana ia semakin jarang berada dalam pasaran, maka ia dijual kira-kira $ 2000 untuk lebih kurang 453gram, kadang kala lebih mahal bergantung pada permintaan.

#7 Moose Milk Cheese - Terdapat hanya di ladang rusa private di Sweden, harganya $ 500 untuk lebih kurang 453gram.

#6 Densuke Black Watermelon - Buah yang hanya ditanam di Pulau Hokkaido, Jepun ini dijual pada harga $ 6100 untuk lebih kurang setiap 7kg, dan setiap tahun hanya 10 000 buah yang ditanam.

#5 Samundri Khazana - Dikenali sebagaI 'TREASURE OF THE SEAS', hidangan mewah ini terdiri daripada campuran kaviar beluga, siput laut dan lobster kemudian ditabur dengan emas yang boleh dimakan dengan rasa kari yang kuat. Harganya, $ 2000 untuk satu porsi.

#4 Pizza Royale 007 - World's Most Expensive Pizza, dilelong pada tahun 2006 dan seorang peguam Italy bernama Maurizio Morelli membayar sejumlah $ 4200 untuk mendapatkannya.

#3 Wagyu Beef - Sama seperti Kobe Beef dari Jepun, makanan ini datang dari beberapa variasi lembu untuk menghasilkan peratusan yang tinggi lemak tepu dan rasa yang kaya. Harganya, $ 2 800.

#2 Chocopologie - Dicipta oleh Knipschildt, Chocopologie adalah kepingan coklat kecil paling mahal di dunia. Ia terdiri daripada 70% Valrhona kakao dan harganya $ 2 600 untuk kira-kira 453gram.

#1 The Zillion Dollar Frittata - Walaupun daging dikenal sebagai sumber protin termahal tetapi omelet telur yang dicampur kaviar dan lobster ini dijual pada harga $ 1000 sepinggan.
sumber : http://jennykaleyn.blogspot.com/

Beginilah Tempat Tidur Buat Para Pramugari Cantik Tiap Syarikat Penerbangan

on Thursday, July 25, 2013

Gambar-gambar keadaan bilik khusus buat para pramugari di beberapa syarikat penerbangan antarabangsa iaitu tempat tiidur buat para pramugari.

#Yang ini tempat tidur di pesawat BOING 747-400 ,lumayan tapi cukup sederhana
#KLM Royal Dutch Airlines , Yang ini Belanda Punya. Mantap ya warnanya

#AIRBUS A340 , Terkenal sebagai pesawat berukuran besar di EROPA , tapi biliknya kecil .


#BOEING 777 , Biasa mirip bilik-bilik di asrama mahasiswa tentera..hahaa
#SINGAPORE AIRLINE l
#AIR CANADA, Kurang lebih sama yang di atas.
Nah yang ini yang lucu ,entah karena tidak ada tempat tidur atau kerana kepenatan sampai ketiduran di tempat duduk sambil mulut dibuka lebar...wkwkw


Kalau yang ini jangan sampai ditiru, gak punya tempat tidur kali ya LION AIR sampai Tengkurap gitu di dalam bagasi barang...HAHAHA


sumber : http://adik-comel.blogspot.com/