Penampilan baru Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah

on Thursday, August 1, 2013

Sekian lama menyepikan diri dari orang ramai, kini Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 11, Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman muncul kembali di khalayak ramai.

Baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.

Wajah baginda amat dirindui oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Menjadi balu di usia cukup muda iaitu 30 tahun bukanlah satu perkara yang mudah. Kini, setelah 12 tahun berlalu, baginda muncul dengan semangat yang baru.

Menjadi suri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada usia muda iaitu 19 tahun dan ditabal menjadi Permaisuri negeri Selangor pada usia 27 tahun iaitu pada 28 Oktober 1998. Setahun kemudian menjadi Raja Permaisuri Agong ke 11 dan termuda dalam sejarah negara.

Nyata aura baginda masih mampu memukau sesiapa yang menmandangnya. Tingkah lakunya masih sopan seperti seorang permaisuri. Tutur katanya halus dan lirik matanya masih ayu seperti dahulu.Kemunculan semula baginda dengan gaya yang lebih anggun pasti mengubat rindu semua. Ternyata, di usia 42 tahun, baginda lebih matang dalam menempuh hari-hari mendatang.

Berikut gambar terbaru YAM Permaisuri Siti Aishah :





Semoga YAM Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman,DK,DMN,DA(Sarawak),Grand Cordon of the Order of Chula Chom Klao(Thailand),
senantiasa berada dalam pelindungan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik
sumber : http://www.wasukalu.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment