Panas : Rita Rudaini Kecam Kenyataan Aidil Zafuan,Nafi Berbohong..! - Nampaknya kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan terus hangat diperkatakan minggu ini apabila pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu mula membuat mulut dan membidas kenyataan bekas isterinya berhubung isu cetek agama minggu lalu.
Menurut Aidil, Rita Rudaini seorang pembohong dan hampir kenyataannya tidak boleh dipercayai. Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan, pelakon wanita itu membidas kenyataan Aidil menerusi laporan Bipop minggu ini. Nada kenyataan balas Rita kedengaran marah dan kecewa.
“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”
“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”
Mengulas tentang nafkah yang diberikan Aidil untuk anak-anaknya, Rita mengakui ada menerima sejumlah RM500 setiap bulan namun katanya tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan mereka yang mahal.
“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment