Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol | Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.
Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.
Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).
Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.
Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.
Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.-maklumat dot my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment