Pelakon Syanie kini telah pun bergelar tunangan kepada rakan lamanya yang dikenali sejak 7 tahun lalu iaitu Nadi Putera dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung pada tiga Syawal yang lalu.
Selepas 11 tahun hidup solo akibat dari kegagalan rumahtangga pertama akhirnya Syanie membukan pintu hatinya untuk menerima Nadi sebagai insan istimewanya. Mereka mula rapat selepas dipertemukan kembali pada bulan Disember tahun lalu dan mula bercinta pada awal tahun ini. Pasangan ini telah merancang untuk mendirikan rumahtangga pada 1 Mac 2014.
“Insya-Allah jika jodoh kami kuat, majlis perkahwinan akan berlangsung pada 1 Mac depan. Saya sendiri mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini juga bukan untuk diri sendiri tetapi keluarga tersayang.“Saya tak terpikir akan berkahwin lagi tapi kerana serasi, kami buat keputusan untuk terus bertunang. Malah, Nadi tak kisah tentang diri dan saiz badan saya kerana masing-masing memang suka makan.” jelas Syanie.
Syanie tidak berselindung dengan memberitahu status tunangannya bahawa Nadi adalah seorang duda yang memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment