Showing posts with label kontraversi. Show all posts
Showing posts with label kontraversi. Show all posts

Almy Nadia Mengaku Pernah Buat Ibu Menangis

on Thursday, August 1, 2013



Almy Nadia Aminuddin Shah mengakui pernah membuatkan ibunya, Roshida Hashim menitis air mata gara-gara luahan hatinya untuk tidak mahu mempunyai insan bernama lelaki lagi dalam diari hidupnya
Almy Nadia Mengaku Pernah Buat Ibu Menangis

Kata-kata itu diluahkan selepas hubungan cintanya dengan pelakon Fizz Fairuz kecundang di tengah jalan.

“Apa yang berlaku membuatkan saya menangis kerana saya tidak kuat untuk menghadapinya. Malah, saya juga pernah terfikir untuk tidak mahu ada lelaki lagi dalam hidup saya. Namun, kata-kata saya itu telah membuatkan ibu saya menangis kerana ibu memberitahu jika kita sakit, kita perlu insan yang bernama suami atau lelaki untuk menjaga kita,” ujar Almy.

Almy ketika ditemui di Rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini juga turut memberitahu dia sudah melupakan kisah yang berlaku antaranya dengan bekas kekasih dan mengakui kini menerima Fizz sebagai kawan.

“Saya pernah meletakkan Fizz Fairuz sebagai musuh saya dalam industri, namun saya berfikiran positif dan menerimanya sebagai kawan. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa kerana sebagai hamba Allah, saya kena berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Saya kurang berkawan dengan rakan artis yang lain. Tetapi sebab dia bekas kekasih saya, saya berkawan saja.

Alhamdulillah, kami tiada masalah untuk berkawan. Malah, kami juga turut bekerjasama dalam program 'Seiring Sejalan Raya',” ujar Almy memberitahu tidak terfikir untuk kembali semula kepada Fizz.

“Tidak pernah terlintas langsung soal kembali balik kerana jika terlalu memikirkan mengenai hal ini, macam meletakkan harapan saja. Saya serah kepada Allah kerana jika terlalu mengharap kita boleh kecewa. Lagipun, soal kembali balik ini benda yang ke-100 saya nak fikir sebab banyak lagi perkara lebih penting seperti keluarga serta kerjaya yang perlu saya fikirkan,” ujar Almy lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Almy Nadia yang bakal meraikan sambutan Aidilfitri di kampung halamannya, Pulau Pinang ini turut menganggap apa saja yang berlaku dalam kehidupannya sejak kebelakangan ini sebagai kehendak Ilahi.

“Satu persatu dugaan yang menimpa saya. Selepas putus cinta, rumah keluarga saya terbakar, ibu saya terjatuh di bilik air sehingga tulang rusuk kanannya patah dan baru-baru ini, anak saya pula demam panas. Namun, Alhamdulillah dugaan ini membuatkan saya lebih kuat.

Jika saya tidak berfikiran positif, saya rasa boleh jadi gila agaknya. Saya sentiasa letak dalam fikiran yang Allah bagi dugaan ini sebab tahu saya boleh menghadapinya.”
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Benjy Ceraikan Safiya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu


Pelakon drama Benjy yang ditahan akibat kesalahan penyalahgunaan dadah baru-baru kini telah sah menceraikan isterinya buat kali kedua iaitu Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pagi tadi.

Benjy menjatuhkan talak dihadapan Hakim Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik. Benjy dan Safiya kelihatan tenang disaat lafaz cerai termerai, malah mereka berdua sempat bersalaman dan Bengy juga dilihat mengucup dahi bekas isterinya buat kali terakhir.


Setelah ianya selesai, Benjy melahirkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupannya yang baru. Dia juga mengakui tiada kesefahaman adalah punca mereka memilih untuk berpisah namun masih lagi berkawan baik.


“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.
Pemilik nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 ini berkahwin dengan Safiya yang merupakan seorang mualaf pada 9 February 2004 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada hari yang sama.

Neelofa Enggan Hidup Bermadu




 Kisah rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.

Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.


"Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

"Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri," kata bekas juara Dewi Remaja 2010.

Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah," kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.

Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/