Benjy Ceraikan Safiya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu

on Thursday, August 1, 2013


Pelakon drama Benjy yang ditahan akibat kesalahan penyalahgunaan dadah baru-baru kini telah sah menceraikan isterinya buat kali kedua iaitu Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pagi tadi.

Benjy menjatuhkan talak dihadapan Hakim Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik. Benjy dan Safiya kelihatan tenang disaat lafaz cerai termerai, malah mereka berdua sempat bersalaman dan Bengy juga dilihat mengucup dahi bekas isterinya buat kali terakhir.


Setelah ianya selesai, Benjy melahirkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupannya yang baru. Dia juga mengakui tiada kesefahaman adalah punca mereka memilih untuk berpisah namun masih lagi berkawan baik.


“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.
Pemilik nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 ini berkahwin dengan Safiya yang merupakan seorang mualaf pada 9 February 2004 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada hari yang sama.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment