SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE DAN SMS | SEMAK SAMAN TRAFIK | CHECK TRAFFIC SUMMONS

on Wednesday, February 22, 2012

saman

SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE DAN SMS  
Berikut adalah cara untuk semak atau check saman trafik PDRM Malaysia dan JPJ secara online dan sms. Saman kesalahan kereta dan motor pun boleh disemak melalui sistem yang telah disediakan.

Semak Saman Trafik PDRM melalui SMS:

Taip POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan] hantar kepada32728
contohnya; POLIS SAMAN 891025122948 hantar kepada 32728

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu saman dan ingin mendapatkan maklumat lebih detail, sila taip sms berikut; kepada 32728

POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] SEMUA, hantar 32728

Kalau inginkan maklumat itu dihantar ke email anda:
POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] [Email] hantar kepada 32728
contoh; POLIS SAMAN 876543-01-9876 orange.2707@gmail.com dan hantar kepada 32728

sumber

Festival Gusti Unta Yang Sangat Unik


Festival gusti unta telah lama diadakan di Turki kira-kira sejak 200 tahun dahulu. Perlawanan gusti ini melibatkan dua ekor unta jantan dan kebiasaanya diadakan pada musim luruh dan awal musim bunga. Ini kerana pada masa ini merupakan masa mengawan bagi unta dan mereka lebih agresif pada masa ini. Dalam post ini kami akan kongsikan gambar disekitar perlawanan gusti unta yang berlangsung di bandar Selcuk, Turki baru-baru ini.
gusti unta 1 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
gusti unta biasanya dijalankan pada bulan Januari - Mac setiap tahun
gusti unta 2 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Sebelum perlawanan bermula, unta berkenaan akan diarak keliling bandar dan penonton akan menari dan menyanyi tarian tradisional "Zeybek"
gusti unta 3 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Dah penat berarak, perlawanan akan dimulakan pada hari kedua festival
gusti unta 4 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Terdapat juga penyertaan daripada bandar jiran seperti Istanbul, Antalya, Alanya, dan Izmir
gusti unta 13 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Nama samaran wajib diletakkan pada setiap unta yang akan bertanding
gusti unta 5 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Festival ini dapat mengumpulkan sanak-saudara dan isteri-isteri hehe
gusti unta 6 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Perlawanan gusti ini biasanya bertujuan untuk memikat unta betina
gusti unta 7 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Untuk kelihatan lebih gah dan ganas, setiap unta dipakaikan dengan uniform "perang" masing-masing
gusti unta 8 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Setiap perlawanan hanya berlangsung diantara 10-15 minit sahaja.
gusti unta 9 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Setiap unta dipakaikan dengan alat perlindungan khas diberi nama muzzles untuk mengelakkan kecederaan serius
gusti unta 10 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Pemenang akan diberikan hadiah "permaidani" ("rug" tu permaidani la kan?)
gusti unta 11 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Gaya sang juara!
gusti unta 12 Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki
Walaupun perlawanan gusti unta ini telah lama diwujudkan, ia masih lagi mengikut peraturan asal yang ditetapkan

Cara Mengetahui Si Dia Jodoh Dan Pasangan Kita

Mesti ada yang masih tertanya-tanya, macam mana nak tahu si dia milik kitakan? Kebetulan aku jumpa satu note daripada facebook yang ditulis oleh Hj. Abdul Samad

So, diharap, dengan entri ni, aku dapat bantu serba sedikit bagi mereka yang masih mencari cara mujarab nak sembuh daripada putus cinta.


********************
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

 
Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. 

Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

sumber

Cara Membantu Orang yang Sedang Nazak


Menurut Ustaz Abdullah Mahmud, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:
  1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin – yang lain2 bole bersama2 semak.
  2. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
  3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
  4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
  5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
  6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

sumber

Ubuntu Untuk Android,Smartfon Ke Desktop

Ubuntu kini boleh dipasang pada telefon bimbit Android. Komponen asas Ubuntu dan Android adalah sama, iaitu Linux. Untuk menggunakan Ubuntu pada telefon Android, Anda perlu memiliki docking station. Konsep serupa seperti ditonjolkan pada Motorola Atrix.
Apabila telefon Android diletakkan pada dock, sambungan akan dibuat ke monitor, sistem bertukar ke Ubuntu dan Anda boleh menggunakan telefon bimbit seperti menggunakan sebuah desktop komputer siap dengan keyboard serta mouse. Konsep sebegini pernah kami tampilkan dalam liputan lalu di mana Samsung Galaxy Nexus menjadi desktop pc.

Ubuntu untuk Android adalah perisian sistem operasi Ubuntu yang disimpan dalam telefon bimbit. Android. Apabila tidak diletakkan pada dock, telefon itu menggunakan sistem Android.

Apabila letakkan pada dock, secara automatik sistem Ubuntu keluar 2-3 saat selepas itu. Apabila diangkat dari dock, sistem telefon bertukar ke Android semula tanpa memberi kesan ‘lag’ atau menjadikan telefon Android Anda tiba-tiba kaku semasa pertukaran Ubuntu ke Android berlaku.

Anda boleh menjawap panggilan telefon, membalas sms, memindah foto, melayari internet, mendengar muzik dan menonton video apabila menggunakan Ubuntu pada telefon bimbit Android. Ia dilengkapi software asas seperti Chromium, versi Google Chrome untuk telefon bimbit, juga ada Google Calendar, Google Docs, Android Dialer serta VLC Player untuk memainkan video. Semua perisian percuma.

Ubuntu untuk Android masih lagi dalam peringkat pembangunan. Lebih banyak perkembangan akan diberitahu kelak oleh pihak Canonical, syarikat pembikin Ubuntu. Mereka akan menguumumkan teknologi ini pada MWC2012 nanti.

[ dari Ubuntu ]

Kelakuan jururawat yang buat orang lain marah

Gambar-gambar itu menunjukkan dua jururawat melemparkan yoghurt dan jus satu sama lain dalam perang makanan diadakan. Adegan itu dianggap buruk oleh masyarakat.

Gambar ini, diambil oleh seorang rakan mereka dan kemudian diupload ke halaman Facebook-nya sehingga ramai orang yang melihat.Gambar itu diambil di Hospital Stafford, yang menurut laporan tahun lalu menemukan 1,200 pesakit kehilangan hidup mereka sebagai akibat daripada jururawat yang kurang perhatian, kelalaian dan kekurangan staf.


Pertarungan lempar makanan diadakan di ruang Acute Medical Unit, yang tentunya dikecam keras oleh Komisi Kesihatan, menunjukkan kelakuan yang mengerikan jururawat di hospital. Kejadian ini dikatakan diadakan untuk merayakan staf perawat Victoria Cooper – berpakaian dengan warna biru – yang akan pindah pekerjaan ke sektor swasta.


Foto-foto menunjukkan Miss Cooper yang direndam dalam minuman energi yoghurt, yang sepatutnya disediakan untuk pesakit, oleh pembantu kesihatan Kim Pointon, dan mereka didapati melakukan gurauan yang keterlaluan tanpa menghiraukan pesakit.


Julie Bailey, yang mendirikan group setelah kematian ibunya di Hospital Stafford, berkata: “Ini mengejutkan, perilaku tidak profesional yang tidak boleh terjadi di hospital. “Hal ini mencerminkan standard jururawat kita di hospitalt harus ditingkatkan.

"Mereka jelas tidak menghormati pekerjaan mereka, pesakit atau hospital mereka.”

sumber

Kelakuan tak senonoh yang jangan kita ikut


bagi mereka ini mungkin satu gurauan tapi bagi kita ini menjatuhkan
maruah pasangan kita.....