Konvoi Lima Bersaudara Ke Tempat Kerja Berakhir Tragedi

on Sunday, January 13, 2013

Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.

“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya. – Metro

[Video] Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China

Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.

Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .


[4 Foto] Pemuda ini sedang membelah perut Naga

Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga.

Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.
Ramai yang mengatakan Naga ini adalah palsu, tetapi setelah pemeriksaan lebih dekat dari gambar-gambar diatas didapati Naga yang dipegang pemuda ini memang Naga asli, Inilah buktinya :

1 - Pemuda dalam gambar ini menunjukkan reaksi semulajadi seorang manusia semasa membelah perut seekor binatang (dia tidak sedar kamera mengambil gambarnya)
2 - Ada seekor anjing yang sedang memainkan ekor Naga tersebut dan ini jelas bukan rekaan photoshop.
Ulasan alamcyber2020-Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.

[6 Foto] Bukan Senang Nak Lihat Anak Aishwarya Rai

Anak artis ternama..kat mana-mana negeri pun waima Malaysia sekalipun.....bukan senang peminat nak melihatnya.

Begitu juga dengan cucu Amitabh ni...mahal sungguh ,namun sesekali terlepas juga la,biarpun hanya sedikit wajahnya..hhhmm....kira ok la tu...

Jom..lihat!
hihihi..ni masa baru lahir la
Aradhya juga lebih dikenali dgn panggilan Beti B
cantik nama dia
macam mak dia ke??hhhmmm...rasanya muka bapak dia la...Tentu ramai yang ingin melihat anak kepada bekas ratu cantik dan juga artis popular Bollywood, Aishwarya Rai bukan? Nah..selepas lama menunggu akhirnya gambar anak perempuan bernama Aaradhya ini bocor juga di internet.
Walaupun cuba disembunyikan sekera-kerasnya oleh ahli keluarga Bachan ini, namun paparazzi di india memang komited melakukan tugasan mereka. terbaek r....!

[6 Foto] Biskut??!!Tak Makan Pun Tak Apa...

Biskut berbentuk jari dan telinga manusia ini dihasilkan oleh kedai kek dan pastry neviepiecakes.com. 
erk...tak makan pun tak pe..terimakasih je la....

Hantu lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud

MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

ANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Video kepala lelaki ini tercabut dari badan


Kepala lelaki ini tiba-tiba tercabut dari badan

Ahli silap mata terkenal Ferguson @Ice Breaker telah membuat aksi yang sangat mengejutkan orang yang lalu-lalang di jalan San Luis Obispo, California. Apa tidaknya beliau secara tiba-tiba mencabut kepalanya hingga keparas dada. Ramai yang terkejut dengan kejadian yang tidak terduga ini.

Aksinya bermula bila ada orang yang berjalan-jalan di jalan tersebut, lalu beliau pura-pura terbersin dan kemudian kepalanya tercabut dari badan, kemudian beliau membetulkan semula kepalanya kepada kedudukan asal. (Lihat video di bawah untuk melihat aksi ajaibnya).
Tiba-tiba muncul lelaki ini sambil terbersin
Oopss ! Tercabut pulak kepala ni
Encik tolong pasang balik kepala saya ni
Eee . . .Seramnya
Aaa . . .Takutnya

LIHAT VIDEO :