Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.
Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.
“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya. – Metro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment