Seorang lelaki yang pernah menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.
Jam menunjukkan jam 3 pagi. Dollah (bukan nama sebenar) tidak sabar-sabar lagi hendak pulang selepas waktu syif kerjanya di sebuah kilang di Kapar berakhir jam 2.30 pagi. Rumah sewanya terletak di taman perumahan di Sungai Buloh, Jeram di Kuala Selangor.
Lelaki ini memekik meminta permintaannya ditunaikan, Nekad terjun pokok selepas kemahuan gagal ditunaikan.
Bukan kepalang lagi rasa penat yang ditanggung Dollah setelah hampir 10 jam bekerja. Untuk cepat sampai ke rumah, dia memilih Jalan Budi untuk pulang meskipun sebelum ini, dia sering melalui persimpangan lampu isyarat bersebelahan projek perumahan teres setingkat yang terbengkalai untuk ke rumahnya.
Jalan kecil yang hanya muat satu kereta dalam satu-satu masa itu dilalui dengan berhati-hati berpandukan cahaya lampu motosikal.
Dengan tak semena-mena, bulu tengkuk Dollah terasa meremang. Dalam sunyi sepi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan suara orang merintih sebaik sahaja melepasi satu selekoh.
Bimbang kalau ada yang benar-benar dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, Dollah memberanikan diri mahu berhenti. Namun sebaik sahaja dia memijak tanah tanpa mematikan enjin motosikal, dia langsung mengubah fikiran.
Dollah terus memecut laju motosikalnya dalam kegelapan malam tanpa dia menoleh ke belakang lagi. Esoknya, apa yang berlaku kepada Dollah menjadi modal sembang seluruh kampung.
Hingga hari ini – selepas lebih dua bulan – masih lagi jadi sebutan di Kampung Sungai Buloh, Jeram. Tersebarnya cerita itu hingga ada yang percaya, apa yang didengar Dollahada kaitan dengan kejadian seorang lelaki mati setelah terjun dari pokok kelapa di kawasan berhampiran tiga bulan lalu.
Saksi empat mata
“Saya pun pernah dengar cerita ada suara meminta tolong yang menakutkan di kawasan Jalan Budi itu pada waktu malam. Tapi cerita itu terhenti begitu sahaja,” kata Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman kepada Sinar Harian.
Menurutnya, cerita itu disampaikan seorang ketua kampung selepas selesai mesyuarat mingguan di Balai Penghulu Jeram.
“Ia agak mengejutkan memandangkan insiden lelaki terjun pokok sudah berlalu lebih beberapa bulan,” katanya yang memaklumkan turut hadir melihat lelaki terjun pokok selepas dimaklumkan penduduk.
Dalam kejadian yang heboh diperkatakan buat penduduk di situ, dia tidak menyangka lelaki terbabit nekad untuk terjun pokok selepas sesi memujuk gagal.
Insiden bunuh diri seumpama itu katanya, adalah kejadian pertama kali berlaku sepanjang tempoh khidmatnya selama 13 tahun sebagai Penghulu Mukim.
“Ketika kejadian, saya antara orang terawal yang datang untuk melihat sendiri lelaki yang berada di atas pucuk pokok kelapa. Dia menjerit tidak keruan dan mahu berjumpa beberapa individu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya juga ada memujuk lelaki terbabit supaya turun dari pokok dengan rela hati. Minta dia berbincang dengan baik tanpa perlu mengugut untuk membunuh diri.”
Pokok kelapa ditebang
Ketika merujuk kepada Ketua Kampung Sungai Buloh, Hashim Mansor, 63, untuk mendapatkan kepastian mengenai kejadian misteri yang dikatakan berlaku selepas kes bunuh diri itu, Hashim menegaskan, itu hanya cerita yang diada-adakan.
“Rumah saya hanya 100 meter saja lebih kurang dari tempat lelaki itu mati. Tak ada pula saya dengar bunyi suara orang merintih atau apa-apa.
Kalau betul ada, tentu saya atau keluarga saya ada dengar. Bukan jauh sangat pokok tu dari rumah kami,” katanya.
Menurut Hashim, dia dan keluarganya malah tidak pernah terganggu oleh apa-apa bunyi yang seumpama itu.
“Saya nak bagi peringatan. Janganlah sesiapa yang percaya kepada cerita seperti ini dan jadi taksub. Bimbang kalau kita terlibat dengan perkara khufarat yang boleh bawa syirik. Bahaya besar pada akidah kita nanti,” katanya.
Atas sebab itu, Hashim mengarahkan pokok kelapa di mana lelaki itu mati, ditebang selepas sahaja jenazah lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang.
“Saya tak mahu ia jadi tempat perbuatan khurafat, saya yang bertanggungjawab,” katanya.
Mengimbas kejadian pada 13 Mei lalu, Hashim berkata, pada hari itu, seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pokok kelapa di kebun belakang rumah keluarganya itu,kemudian mengugut akan terjun kerana kecewa. Dia dipercayai mempunyai masalah peribadi.
“Dia menjerit-jerit atas pokok itu hingga tidur kami terganggu sejak awal pagi. Penduduk kampung keluar pujuk lelaki itu supaya turun, termasuk imam dan polis tetapi dia tetap juga berkeras mahu terjun,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment