Pekerjaan Sebenar Superhero Spider Man Di Luar Filem

on Monday, January 21, 2013

Pekerja pembersih tingkap Le bonheur Kanak-kanak di Memphis, Tennessee, memakai pakaian superhero. Anak-anak kelihatangembira untuk melihat mereka. Walaupun apa-apa idea yang mudah, sudah tentu ia adalah satu kejutan besar bagi hospital kanak-kanak untuk melihat wira seperti Spiderman turun tingkap kerana dia memberikan yang bersih yang baik









Sekeping Gambar Yang Mengemparkan Dunia Ketika Dulu

Tahukah anda bahawa gambar ini pernah mengemparkan dunia suatu ketika dulu? Kenapa begitu? Jom kita tengok gambar ni :-



  Btw, guna software apa ni? tak pernah tahu pun. huhuhu..

Perbezaan Payudara Selebriti Luar Dulu Dan Sekarang

Selebriti, baik selebriti dunia mahupun mahupun selebriti Malaysia akan menampakkan berbedaan antara ketika belum terkenal dengan setelah memperoleh populariti. Hal tersebut biasanya mulai berubah dari penampilan, dari pakaian yang sebelumnya biasa-biasa aja menjadi glamour, sikap yang sebelumnya culun berubah jadi peribadi seolah-olah semuanya dia ketahui bahkan perubahan bentuk fisiknyapun juga berubah, hidung yang dulunya tidak mancung bahkan pesek berubah jadi mancung, bokong yang sebelumnya rata dengan punggung berubah jadi padat berisi juga payudara yang sebelumnya rata kelihatan montok. Dengan kata lain Selebriti yang dulunya berstatus "Kutilang darat" (Kurus Langsing Dada Rata) menjadi seorang yang berpenampilah bohay dan sexy.













[32 Foto Eksklusif] Suara Ghaib dan 'Bayangan' di Rumah Tinggal

on Sunday, January 20, 2013

Tepat jam 10.30 malam, kenderaan KIA K5 dipandu oleh Jet menjalar laju di jalanraya, menuju ke lokasi sasaran, berikutan hasil aduan kami terima.

Kru Penyingkap Fakta hanya berminat meninjau lokasi didakwa menyeramkan sekaligus menakutkan ahli masyarakat setempat.
Setengah jam kemudian saya, Jet, Razali dan Boy, tiba di hadapan rumah kelihatan gelap dan muram. Kami tercegat sambil memerhati ke arah rumah itu dengan penuh debaran.

"Masih ada bekalan elektrik," bisik Razali.

Tanpa berlengah kami bertemu keluarga tinggal bersebelahan rumah teres dua tingkap terbabit.

Lalu kisah lampau dikongsikan oleh mereka.

"Rumah di kawasan ini terbengkalai kira-kira 9 tahun sebelum diduduki. Sejak mula dihuni pelbagai kejadian ganjil dan seram kami tempuh. Lembaga menyerupai wanita tua, bersanggul, tiba-tiba masuk ke rumah dan menghilangkan diri. Anak kami tidur di bilik atas belakang pernah terlihat objek seperti kepala manusia sedang mengintai mereka melalui tingkap," kata Hassan, 46 tahun.
"Pernah sekali, saya keluar dari rumah pada waktu malam dan terlihat kelibat seperti kepala di atas tembok simen. Sekali imbas sahaja dan kemudian hilang dari pandangan. Dahulu memang ada pokok kayu ara di tempat itu tetapi kemudian telah ditebang," sampuk isteri Hassan, Salmi, 40 tahun.

Tiba-tiba terasa bulu roma meremang.
Sebelum ini, kelibat wanita tua berambut panjang mengurai juga didakwa pernah dilihat oleh beberapa penduduk taman sama.

"Sebilangan penduduk pernah ternampak wanita itu bak berkeliaran di belakang rumah. Manakala apabila kami berada di rumah, selalunya bermacam bunyi kami dengar. Antaranya, bunyi seperti sofa ditarik dan bunyi guli melantun di atas lantai simen," celah Hassan.

Hassan kemudian meminta kami menumpukan perhatian kepada langsir di tiga tingkap bilik atas.
"Kedudukan langsir itu, sering berubah, kekadang terbuka kecil, kekadang besar. Walhal tiada siapa tinggal di rumah ini. Lazimnya sebelum masuk ke rumah pada waktu tengah malam, selepas bekerja, saya pandang ke tingkap itu terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah," ujar Hassan yakin.

Kami difahamkan, rumah menggerunkan itu tidak pernah disewakan kepada orang ramai.

"Sebelum ini, halaman rumah semak kerana di tumbuhi lalang tinggi, bukan seperti sekarang ini, lapang," tambah Salmi.
Kru Penyingkap Fakta kemudian cuba meninjau rumah terbabit dari dekat kerana pintu pagar dibiarkan tanpa dikunci.
"Semua tingkap berkunci," bisik Boy.

"Eh! Bagaimana pula boleh berkunci sedangkan sebelum ini, saya hanya tolakkan sedikit sahaja tingkap sebab terbuka," ujar Hassan kehairanan.

"Confirmed?," soal saya.

"Ya," balas Hassan ringkas.

Melihat tingkah-laku Hassan, kami tahu dia berada dalam ketakutan namun mencuba berkongsi fakta bersama kami.
Beberapa kali Boy cuba menolak perlahan satu daripada tingkap terbabit namun gagal. Pada awalnya kami bercadang untuk menggantungkan kamera pengesan pergerakan infrared di tingkap itu dan dihalakan ke dalam rumah ditinggalkan sejak 15 tahun lalu.

"Berdiri bulu roma," bisik Razali.

Jarang benar Razali mengungkapkan kenyataan sebegitu sewaktu menyertai puluhan tinjauan ke pelbagai lokasi didakwa berpuaka sebelum ini.

Saya ketepikan perasaan takut di dalam diri dan terus merakamkan gambar tanpa henti.
Pada masa sama, Jet menggunakan penguat suara parabolik untuk mendengar sekiranya terdapat audio aneh di sekitar rumah itu.

"Saya dan isteri banyak kali terdengar bak suara orang ramai sedang bersembang, riuh-rendah di sebelah rumah kami. Ada waktunya kami berdua cuba menumpukan sepenuh pendengaran tetapi langsung tidak berupaya memahami bahasa digunakan oleh 'mereka'," dakwa Hassan.

"Suara bagaimana?," tanya saya secara spontan.

Hassan memandang ke arah Salmi.

"Suara seperti orang ramai bercakap kalau kita berada di shopping mall namun hairannya tidak pula kelihatan sesiapa di sekitar. Suara ghabi. Sejak pokok kayu ara ditebang, sudah tidak kedengaran lagi, Alhamdulillah," kata Salmi.
Kami kemudian beredar ke kawasan belakang rumah sama dan memasang kamera perakam pergerakan infrared bersama kamera video.
"Besarnya pokok pisang dan kelihatan hidup subur," tegur Jet secara tiba-tiba.

Spontan Razali menjeling Jet.

"Jet perasan atau tidak, kawasan rumah ini berasa panas?," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara itu menganggukkan kepala.
Perakam audio kemudian diletakkan di atas para berhampiran pokok berjurai di lokasi sama.
Secara tenang dan teratur, kami kemudian memasang kamera video infrared menggunakan bekalan elektrik disalurkan dari rumah Hassan.

Lazimnya, kamera dipasang selama dua jam di satu lokasi kami kunjungi.
Selesai tugasan itu, kami kemudian bergerak semula ke bahagian hadapan rumah dan menunggu sehingga jam 2.15 pagi.

Sementara kru lain menikmati minuman, saya merakamkan banyak gambar di lokasi itu.
Berikut status penemuan terkini kami :
Tahap keseraman : 6/10
Hasil rakaman kamera perakam pergerakan infrared : Tiada.
Hasil rakaman audio : Tiada.
Hasil rakaman kamera video infrared : Sedang dianalisa.

Kami berdoa agar Hassan sekeluarga sentiasa berada dilindungi oleh Allah daripada segala gangguan tidak diingini.

Amin.

Jika berminat menyertai tinjauan kami seterusnya, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812.

Fakta Dicatatkan Oleh Mazidul Sidik

Terkini!!! Asrama UiTM Lendu Diganggu Kehadiran ORANG MINYAK & PONTIANAK!!!

Mendapat info dari adik ipar yang sedang belajar di uitm lendu aku bahawa memang betul kehadiran org minyak dan puntianak di blok2 laki dan perempuan di sana.. keadaan agak seram di sana buat masa ini katanya lagi..

Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.

Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.

” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.

” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.

Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.

Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.

Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.

Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.

Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.

Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.

Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:

” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:

” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.

Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.

Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.

Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.

Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.

Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.

” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.

“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.

” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,” ujar Dr. Amran.

Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini.

SUMBER