[6 Foto] Apabila Pondan VS Perempuan

on Sunday, February 3, 2013

Kalau tak ada tajuk kat atas rasanya mesti korang akan anggap semua gambar kat bawah ne perempuan kan. First time aku tengok memang terpegun jugak la dengan diorang punye kecantikan. Memang cantik dan lawa. Sebijik macam perempuan. Tapi bila baca balik review, rupa-rupanya lelaki aka pondan. 
Dunia sekarang ne dah terbalik. Lelaki nak jadi pondan. Perempuan nak jadi tomboi. Dulu kita jarang melihat senario ini tapi sekarang sudah jadi lumrah. Dah la bilangan lelaki kat dunia ne sikit. Pergi jadi pondan pulak. Lagilah kurang jumlah lelaki. Jadi ancaman kepada wanita tulen. Kena ingat mengubah ciptaan Allah hukumnya dosa besar. 

Lelaki kena berhati-hati pilih pasangan kerana boleh terkeliru dengan pondan sebab ada setengah pondan lebih cantik dari perempuan. Lelaki yang bercinta dengan pondan ne samalah tergolong dalam lelaki jenis kaum Nabi Luth. Kepada golongan pondan, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka.

Awek Lawa Tapi..

Nampak je awek lawa atau awek comel, luas mata duk tengok, siap bagi pewittt lagi..hahah.Tak payah tipulah, bukan lelaki la kalau tak tertarik pada kecantikan. Dah lumrah manusia macam tu.
Gambar sekadar hiasan
Pernah tak anda alami perkara seperti? Masa tengah minum ternampak seorang awek ne berjalan melintas anda. Muka memang lawa, siap pakai tudung lagi. Mesti terdetik dalam hati kan " Kalau dapat jadi pakwe dia ne beruntung aku". Baru je nak usha, tiba-tiba dia tepon dia berbunyi. Sekali dia jawab macam ne, tak payah. Lupakan terus hasrat anda tu kalau tak nak cari bala nanti.
So, kepada lelaki sekalian, carilah perempuan yang cantik dalam, cantik luar dan cantik semuanya. Cantik bukan kat muka je, agama, peribadi pun kenalah cantik sekali. Baru bahagia. Jadi pakwe-pakwe di luar sana sila periksa stail awek korang bercakap di belakang.

Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta?


Siapa yang tak pernah putus cinta? Angkat tangan ye nak kira. Ada jugak yang tak pernah? Anda memang rugi sebab tak dapat merasai apa yang orang putus cinta rasa..hehehe..Ok, kalau anda nak rasa, selepas baca entri ne, sila mintak putus dengan pasangan anda dan tanya dia apa yang dia akan buat bila putus cinta.

Putus cinta ne dah jadi sebahagian daripada hidup. Orang kata cinta pertama susah nak kekal. Kalau ada pun jarang. Bila berjauhan, mula la cinta tu beralih pada orang lain. Antara lelaki dan perempuan, rasanya perempuan take seriously pasal putus cinta ne. So, bila putus cinta perempuan biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne. (hasil daripada aku punye survey)
_________________________________________________________________________________

1. Mereka akan mengunci pintu bilik, tutup semua lampu untuk menangis meratap dan meraung sekuat-kuatnya. Alahai, macam tak ada lelaki lain dah kat dunia.

2. Mereka akan koyak gambar, kad birthday, kad hari raya kecuali kad top up dan benda-benda lain yang bila diorang tengok rasa geram, benci dan menyampah.

3. Mereka akan makan banyak-banyak untuk hilangkan kesedihan tu. Sebab tu la, tengok perempuan bila putus cinta badannya akan menjadi chubby.

4. Mereka akan segera tukar sim card lama dengan beli sim card baru.

5. Mereka sanggup campak handphone dekat dinding. Berkecainya handphone tu seperti hancurnya luluh hatinya.

6. Lebih pedih lagi bila terkeluar ayat "ko bengong, bodoh, b*bi" pun keluar sebab marah dan kecewa.


7. SMS kat bekas kekasih guna ayat syahdu "sampai hati awak buat kat saya macam ne".

8. Hantar lagu cinta tangkap leleh yang pernah menjadi lagu bersama kepada bekas kekasih agar menerimanya kembali.

9. Layan lagu jiwang yang sedih-sedih sambil air mata deras mengalir hingga bengkak mata.

10. Pergi kuliah pun dengan muka seposen. Orang tanya sepatah dia cakap sepatah. Orang tengah bersedih. Kalau pergi exam rasanya boleh repeat paper.

11. Beli tiket balik kampung jumpa mak bapak. Alasan balik cakap rindu pada keluarga padahal bawa diri sebenarnya.

12. Ada jugak yang sedihnya tak sampai 10 minit terus gembira balik macam tak ada pe pun. Biasalah, dah pasang bf lain awal-awal lagi. Cuma cari alasan je nak putus.

Trend Lelaki Di Jepun Bercinta Dan Berkahwin Dengan Patung

Trend bercinta lelaki-lelaki Jepun berpindah dari bercinta dan kawin dengan orang, sekarang berpindah ke patung. Banyak dari mereka lebih memlih bercinta dengan boneka-boneka daripada dengan wanita asli.

Bahkan ada yang punya koleksi patung sampai beratus-ratus biji. Menurut lelaki yang punya patung ratusan biji ini, gadis patung tidak mungkin mengkhianati mereka.

Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Berdebat

Semalam admin sempat menonton Buletin Utama tentang satu insiden. Insiden yang dimaksudkan adalah mengenai siaran debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucukpistol



Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat.Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

Anda Mossad,” kata Mansour.

Shawabka menjawab: “Kamu adalah penjahat” lalu melemparkan kasut kepadanya – suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab. Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.

Subhanallah!!! Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet No Plat TASH4 Milik Tasha Shilla

Ruangan gosip Cari sekali lagi menerjah sebuah kereta berjenama Audi A5 Cabriolet yang mempunyai sebuah no plat unik, TASH4 dipercayai adalah milik aktres terkenal, Tasha Shilla.

Berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269 000!

Reka bentuk aerodinamik dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI bisa membuatkan pemiliknya kelihatan lebih seksi dan menyakinkan.
Baguslah, usaha dan kerja keras Tasha Shilla dalam bidang lakonan kini sudah nampak hasilnya.

Tak salah rasanya untuk pelakon yang baru sahaja merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular memiliki kereta sehebat ini.

Kalau kami pun, mesti mengidam nak bawa juga!

Sebelum ini, Tasha Shilla mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang suka bertukar-tukar kereta. Daripada Proton Satria, Perodua Kembara, sehingga ke kereta jenis Mitsubishi Pajero. (Ohbulan.com)