Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Berdebat

on Sunday, February 3, 2013

Semalam admin sempat menonton Buletin Utama tentang satu insiden. Insiden yang dimaksudkan adalah mengenai siaran debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucukpistol



Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat.Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

Anda Mossad,” kata Mansour.

Shawabka menjawab: “Kamu adalah penjahat” lalu melemparkan kasut kepadanya – suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab. Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment