Syurga Seorang Isteri : Awal Ashaari Terlalu Jahat!!!

on Monday, February 4, 2013

Entri kali ini bukanlah nak menyerang peribadi pelakon Awal Ashaari, tapi watak si suami dalam drama Syurga Seorang Isteri yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Cerekarama sebentar tadi yang dilakonkan oleh Awal.. Geram je kan tengok? Pelbagai kisah masyarakat yang dihimpunkan & ditonjolkan dalam drama hari ini mungkin jarang kita ketahui atau jarang dengar, tapi itulah hakikat dalam kehidupan hari ini tanpa kita sedari..

Babak paling sedih, bila si isteri jatuh akibat strok sambil mulutnya menjadi herot.. Pergh.. Sentap jiwa taman dalam diri ini. Apapun cerita ni sarat dengan nasihat agama, cuma janganlah buat perangai macam suami yang salah gunakan agama untuk membodek, mengaburi pendapat si isteri.. Huhu

Tapi ayat paling best, "ramai perempuan hari ni tak dapat jadi macam Siti Khadijah, sebab ramai lelaki tak jadikan Rasulullah Sallallahualaihiwassalam sebagai contoh ikutan".. Ada maksud mendalam yang harus direnungkan bersamadari kata-kata ini.. Setuju?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment