Alamak! Di Tempat Ini Ke Tandas Lebih Dari 2 Minit Kena Denda

on Tuesday, February 12, 2013







 


"Para pekerja menuntut penghapusan peraturan yang hanya membenarkan pekerja berada di tandas dalam masa 2 minit. Sekali melanggar, mereka didenda 50 Yuan. Dua kali melanggar, mereka dipecat," kata pegawai keselamatan pejabat Shanghai Shinmei, seperti dilansir New York Daily News, Rabu (23/1/2013).

Aksi protes tersebut bermula sejak Jumaat 18 Januari 2013 hingga Sabtu 19 Januari 2013 pukul 23.30 waktu setempat. Para demonstran mengecam 10 bos berkewarganegaran Jepun dan 8 pengurus asli penduduk Cina di Syarikat Shanghai Shinmei.

Para pemimpin syarikat tersebut sempat terkepung di dalam pejabat. Tapi, pada akhirnya mereka berjaya keluar setelah 300 polis dikerahkan untuk mengamankan demonstrasi.

Akibat protes tersebut, kilang dan pejabat syarikat elektronik tersebut ditutup untuk sementara. Para pekerja selanjutnya akan mogok kerja pada hari ini, Rabu.

Mogok kerja kerana peraturan ketat sering terjadi di China. Banyak syarikat di Negeri Tirai Bambu tersebut yang menuntut pekerjanya untuk lebih produktif dan menggunakan masa semaksima mungkin untuk bekerja.

Namun, banyak juga pekerja yang menuntut haknya untuk berehat kerja supaya boleh berkomunikasi dengan rakan dan keluarga menggunakan telefon bimbit dan rangkaian sosial.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment