Sorilah kami tak sempat berkongsi dengan anda gambar-gambar majlis perkahwinan Liyana Jasmay dan suaminya.
Bukan tak sempat atau tak ada masa, tapi melayan kontroversinya empat lima hari lepas, kami jadi muak pulak nengokkan couple ni. Sekadar lihat untuk tatapan sendiri boleh la...
Bila bercakap mengenai majlis pasangan ini, kami sekadar layan melihat ia dimuatnaik oleh blog-blog hiburan seperti Budiey, Oh Bulan! , Rotikaya dan lain-lain.
Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah beberapa komen yang agak sinis bertanyakan hal pengapit pengantin perempuan dengan style bajunya yang disekalikan dengan tudung. Kami pun kurang pasti adakah itu fesyen tudung terkini atau tidak kerana rambutnya tetap dibiar berjurai keluar.
Komen-komen tersebut ada yang mengatakan gaya pengapit itu ala-ala rahib gereja! Waah...sampai ke situ perginya, tapi kami malas nak tulis panjang, kepada yang singgah membaca kisah ini, anda boleh nilaikan sendiri ya...!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment