Gadis Cantik Ini Melukis Dengan Menggunakan Bibirnya

on Wednesday, March 13, 2013


Di dunia ini, kita sering mencari banyak hal yang tidak biasa. Untuk menjadi terkenal dan melegenda, beberapa orang rela melakukan sesuatu yang kadang di luar fikiran. Hal ini kerap berlaku, jika berurusan dengan seni.

Adalah Natalie Irish, seniman asal Houston, Amerika, yang dikenali mahir menggambar dengan bibir. Ia menggunakan bibirnya untuk mencipta karya seni yang luar biasa.

Lip art menjadi dunia yang kini digeluti Natalie dengan serius. Bahkan, tak sedikit orang yang mula penasaran dengan hasil karyanya. Salah satu lukisan fenomena yang ia gambar dengan bibirnya adalah potret Marilyn Monroe. Lukisan tersebut berjaya memaparkan kesan epik dalam balutan orisinalitas dan passion.

Tidak berhenti di situ. Untuk menghormati Duchess of Cambridge, Natalie juga sempat membuat sebuah lukisan wajah Kate Middleton dengan bibirnya.










Tentera Sulu Kebal Dan Mampu Terbang Kerana Ilmu Hitam

Sebak mendapat tahu berita gugurnya anggota kita.kita ingatkan dah reda..rupanya sangkaan itu jauh meleset.nampak gayanya...geng penceroboh ni memang sengajaa menempa nahas..memang sengaja menjolok sarang tebuan.dari hari pertama kita bagi peluang..kita hormati hak mereka sebagai manusia terutamanya yg seagama dgn kita..

kita hormati hak antarabangsa..kerana kita memang dikenali sgt menghormati tetangga kita.selama ini..bila negara mereka menghadapi bala bencana..tanpa fikir panjang kita akan menghulur bantuan.

tapi ini balasan mereka.bukan setakat mereka berani menidakkan hak kita mempertahankan tanah air kita..malah mereka sanggup main kotor.dan bila ada anggota kita yg gugur..ada pula yg kata mereka itu tidak syahid..kerana yg kita tentang itu saudara seagama kita.apa yg bakal admin kongsi mungkin akan mengubah persepsi kita..admin sempat bersembang dgn beberapa pegawai dan anggota yg terlibat dgn operasi ini..dan cerita yg mereka sampaikan amat meremangkan bulu roma admin.mana taknya?rasa mcm berada dlm cerita seram pulak.apa yg rakan2 kita disana hadapi adalah jauh dr jangkauan minda kita.ianya secara umum bukanlah sesuatu yg dapat kita cerna dgn mudah.
beberapa hari ini...di media massa, kita disajikan dgn gambar pelbagai tangkal yg dgunakan oleh penceroboh2 ini sbg bekalan mereka di medan perang.admin mulanya agak kurang percaya keberkesanannya..tapi mendengar sendiri cerita dr anggota..admin jd terkesima.Bayangkan...

anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok.tembakan dihambur bertalu2..sikit tak lut.seorg pegawai menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur..satu pun tak memberi kesan.akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu membenam peluru ke tanah,sebelum membaca beberapa surah alquran.peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.

itu belum kira bermacam kesan pelik yg dialami anggota kita.tak hairanlah bila makin ramai anggota yg memastikan mereka sentiasa dlm keadaan berwudhuk semasa bertugas.
malah ada yg mula membawa quran kecil dalam poket.bukan mereka tak buat sebelum ni..tapi tak sangka sampai begini keadaan musuh yg mereka hadapi.yg bukan beragama islam..menggunakan cara mereka sendiri. tak cukup dengan itu..mereka guna taktik kotor..menembak curi dan mengakali pasukan kita dgn beberapa kali tawaran serah diri yg ternyata palsu.

beginikah cara seorng muslim berperang?setahu admin..walaupun dalam islam kita berperang dgn menggunakan akal..ia tidak bermaksud kita harus menggunakan cara buruk atau kotor.itu pengecut namanya.

Mohd Lotfi Nor Gelar Polis di Lahad Datu Sebagai Anjing

on Tuesday, March 12, 2013

Semalam, seorang lelaki yang hanya dikenali Mohd Lotfi Nor telah mengeluarkan kenyataan di akaun facebooknya dengan menggelar pasukan polis negara di Lahad Datu sebagai anjing yang boleh berubah-ubah. Korang boleh baca kenyataan lelaki ini di bawah.
Nampaknya, Mohd Lotfi seperti berdendam sesuatu dengan polis? Banyak kali kena saman parking kot!!

Dynas: Suami Harapkan Saya Berhenti Berlakon

Pelakon Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas mengakui suaminya, Mohd Hafizy Hafiz tidak berapa menyukai dirinya bergiat aktif dalam bidang seni dan mahu dirinya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.

Dynas memberitahu kepada Harian Metro, “suami memang mengharapkan saya berhenti berlakon tapi dia tahu saya tidak akan berbuat demikian.

“Ia bergantung kepada cara saya bercakap dan menjelaskan perkara ini kepadanya. Macam sekarang ini, saya tahu saya salah, saya akan diam saja. Kalau ada projek-projek baru berkaitan, tawaran berlakon saya akan diamkan saja dari pengetahuannya.

Ibu kepada Khyra Khalyssa, 3, dan Mohamed Haqaish, 8 bulan ini turut berkecimpung dalam bidang perniagaan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu, Dynas Nursing Attire (DNA) dengan membuka cawangan pertamanya di The Curve, Mutiara Damansara.

Dynas turut mengakui, sejak membuka butik DNA, masanya begitu terhad sehingga dia perlu bijak membahagikan masa buat keluarga dan dirinya sendiri.

[Terkini] Lahad Datu: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh

Lahad Datu – Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. “Seorang anggota keselamatan gugur,” katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. – BERNAMA

Wajah Bayi Ini Kelihatan Di Perut Ibunya





Seorang perempuan mengandung terkejut melihat wajah bayinya yang muncul tiba-tiba di perutnya. Hal itu tiba-tiba membuatnya khuatir akan keadaan bayinya itu.

Karen McMartin dan suaminya David tidak percaya apabila melihat bentuk wajah yang menonjol dari dalam perut Karen yang sedang hamil. Kejadian itu berlaku pada Sabtu 7 Mac pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Pasangan suami isteri ini bimbang kalau kejadian aneh itu seperti yang berlaku dalam filem fiksyen horror Alien yang terkenal pada 1979. Seperti diketahui, ada adegan di mana terdapat telur alien dalam perut pelakon utamanya.

Namun, beruntungnya bentuk wajah yang muncul itu hanyalah bentuk dari pusat Karen dan tanda parut di perutnya yang ketika itu kelihatan seperti hidung dan mulut ketika bayinya sedang bergerak.

Gambar: Adegan Mesra Hetty Sarlene Bersama Kekasih

on Monday, March 11, 2013

Mungkin anda kurang familiar dengan nama ini namun bagi mereka yang pernah mengikuti filem Sembilu pasti teringat dengan watak Zetty yang dipegang oleh pelakon dan juga penyanyi yang berasal dari Singapura Hetty Sarlene.

Seperti tidak kisah peminat mempertikaikan tindakan beraninya, Hetty tanpa segan silu sekali lagi memuat naik gambar mesra bersama kekasih tanpa menghiraukan dirinya yang secara tidak langsung menjadi tumpuan umum.

Walaupun sudah tidak aktif di dalam bidang seni, tidak mungkin anda dapat melupakan suara lunak yang popular dengan lagu “Sangsi Asmara” sekitar tahun 2001.

Terdahulu, Hetty, 28, pernah dihimpit kontroversi yang sama pada tahun 2008 menerusi gambar sebegini.