Pelakon Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas mengakui suaminya, Mohd Hafizy Hafiz tidak berapa menyukai dirinya bergiat aktif dalam bidang seni dan mahu dirinya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Dynas memberitahu kepada Harian Metro, “suami memang mengharapkan saya berhenti berlakon tapi dia tahu saya tidak akan berbuat demikian.
“Ia bergantung kepada cara saya bercakap dan menjelaskan perkara ini kepadanya. Macam sekarang ini, saya tahu saya salah, saya akan diam saja. Kalau ada projek-projek baru berkaitan, tawaran berlakon saya akan diamkan saja dari pengetahuannya.
Ibu kepada Khyra Khalyssa, 3, dan Mohamed Haqaish, 8 bulan ini turut berkecimpung dalam bidang perniagaan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu, Dynas Nursing Attire (DNA) dengan membuka cawangan pertamanya di The Curve, Mutiara Damansara.
Dynas turut mengakui, sejak membuka butik DNA, masanya begitu terhad sehingga dia perlu bijak membahagikan masa buat keluarga dan dirinya sendiri.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment