6 Gambar Gadis Melayu Mirip SNSD Girls’ Generation, Yoona

on Monday, March 18, 2013

Gadis Melayu, RaBi’atul Afifah kini begitu terkenal di internet. Namun apa yang paling penting adalah sikap terpujinya kerana langsung tak sombong. Di bawah ini adalah koleksi gambar RaBi’atul Afifah yang dicollect oleh admin. Paling penting ini adalah kecantikkan aslinya. Langsung tak ada kena mengena dengan pembedahan plastik.

[3 Foto] Kuasa Allah, Ikan Berkepala Babi

Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.

Mana mungkin Ikan dengan Babi boleh mengawan?

Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. MashaAllah !

Mengapa Komando VAT69 Digeruni Musuh

Sebelum pihak ATM mendarat di Lahad Datu, Sabah, ramai yang meragui tentang kebolehan pihak komando VAT 69 dalam menjalankan misi keamanan di sana. Namun masih ada yang keliru dengan sistem unit anggota pegawai polis. Pihak komando VAT 69 memang cukup digeruni musuh kerana mereka ternyata dilatih dengan beberapa siri latihan yang sangat berat. Jadi tidak hairanlah jika mereka juga turut ditempatkan dalam siri menentang pihak penceroboh di Sabah.
1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.

2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang ‘orang kampung’. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit).

Apa yg sering menarik perhatian pasukan2 sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yg dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan ‘killing machine’. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan2 lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung.

Yg seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yg terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.

Masyaallah,Inilah Kesannya Bila Nama ALLAh di bible/gereja

on Sunday, March 17, 2013

Foto: Nama ALLAH di gereja Indonesia
Ketika saya membawa anak lelaki saya ke Pusat Bandar Bandung, kami perhatikan terdapat banyak gereja. Yang memeranjatkan ialah ada satu gereja menggunakan nama ALLAH berdiri megah di Kota Bandung.

Perkataan ALLAH bebas digunakan di Negara jiran kita itu. Kesannya agama kristian Berjaya berkembang dengan jayanya. Difahamkan, mereka menggunakan strategi licik dengan memberi makan anak-anak sekolah, menjalankan upacara sembahyang pada hari jumaat dll.

Semalam saya menerima panggilan telefon dari teman-teman KHM Indonesia. Pesan ringkas mereka,

“Bapak, bilang sama pemimpin dan ulama’ Malaysia usah buat kesilapan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam bible versi Melayu kerana kita bisa dikutuk oleh generasi kemudian.”

“Seinci ruang diberi, sehasta mereka bisa demand lagi.”

Teman-teman KHM Indonesia memandang serius isu yang sedang melanda umat Islam Malaysia. Soalan terakhir kepada saya, “Bapak Dr, adakah Ulama’ Malaysia masih dialun mimpi? Kapan bisa bangun dari tidur?”

Ya, Alhamdulilah Masjid desa Bojongloa mempunyai cerita tersendiri. Bila agama Kristian mula cuba meracuni masyarakat muslim di desa tersebut, masyarakat bekerja keras membina benteng dan menghalau agen kristian.

Tetapi yang nyata, muslim desa tidak mempunyai masjid untuk tujuan peningkatan kefahaman agama dan anak muda meminggirkan agama. InsyaALLAH, bantuan anda semua telah dapat membantu terbinanya masjid memperkukuhkan aqidah ummah.
Baca Statistik berikut (Petikan laporan Republika Online Minggu, 03 Juni 2012) 
REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Jumlah pertumbuhan masjid di Indonesia rendah. Demikian yang terlihat dari data statistik pertumbuhan masjid di Indonesia yang dimiliki Kementrian Agama (Kemenag) Republik Indonesia (RI).
Kepala Pusat Kerukunan Beragama Kemenag RI, Abdul Fatah, menyatakan berdasarkan data tahun 2010, pada tahun 1997 hingga 2004 jumlah gereja Katolik bertambah 153 persen dari 4.934 menjadi 12.473, gereja Protestan 131 persen dari 18.977 menjadi 43.909, jumlah vihara bertambah 368 persen dari 1.523 menjadi 7.129, jumlah pura Hindu naik 475,25 persen dari 4.247 menjadi 24.431, sedangkan masjid hanya bertambah 64 persen dari 392.044 menjadi 643.843.

Abdul Fatah juga menyampaikan jumlah penduduk dan rumah ibadah di Indonesia. “Jumlah umat Islam 207.176.162 sedangkan jumlah masjid 239.497, jumlah umat Kristen 16.528.513 dengan jumlah gereja Kristen 60.170, jumlah umat Katolik 6.907.873 dengan jumlah gereja Katolik 11.021, jumlah umat budha 1.703.254 dengan jumlah vihara 2.354, jumlah umat Hindu 4.012.116 dengan jumlah pura 24.837, dan jumlah umat konghucu 117.091 dengan jumlah kelenteng 552,” kata Abdul dalam pesan singkatnya kepada Republika Ahad (3/6).
Di Indonesia selepas nama ALLAH, mereka demand universiti kristian, TV kristian dll.
Bila ruang di buka di Tanah Melayu ini, maka fikirlah sendiri kesannya.....

Generasi akan datang akan terus mengutuk kita atas kelalaian, kebodohan dan keputusan yang kita buat hari ini. ALLAHU AKBAR!

Apa Masaalah perempuan Ni,Seronok sangat bila bergambar dengan mayat

Seorang perempuan di Swiss berpakaian jururawat rumah sakit diselidiki polis lantaran dia memasukkan sejumlah foto di laman Facebook yang memperlihatkan dia sedang berpose di samping mayat seorang pesakit perempuan.

Daily Mail melaporkan, Selasa (5/3), di laman Facebooknya itu dia juga bertanya kepada teman-temannya apakah pesakit itu sudah meninggal atau masih hidup.

Perempuan itu juga menyebut dirinya sebagai pencuri jiwa dan membuat komentar dengan kata-kata 'Hidup Setan'.

Polisi Kota St Gallen, sekitar 85 kilometer dari Kota Zurich, kini sedang menyelidiki kes itu dan sedang mempertimbangkan menjatuhkan tuntutan.

Seperti dimuat dalam 20 Minute, dalam komennya di foto Facebook itu dia menulis: "Teka, dia sedang tidur atau sudah mati? Petunjuk: Saya pencuri jiwa."

Tak hanya itu, dia juga menulis "Waktumu sudah habis. Bawa mereka semua ke neraka, tempat mereka seharusnya. Yang lainnya masuk lubang , hehehe."

Hingga kini identiti perempuan dan mayat itu belum diketahui.

Media setempat menyebut laman Facebook perempuan itu penuh dengan simbol setan dan dia berteman dengan lebih dua ribu orang.


[5 Foto] Wajah Ayu Almy Nadia Tanpa Make-up

Terkejut aku tengok rupa paras sebenar Almy Nadia yang kelihatan jauh berbeza berbanding rupa parasnya ketika memakai make-up.
Korang rasa, gambar yang manakah lebih cun dan cantik? Sebelum memakai make-up ke atau selepas memakai make-up.

Jom tengok gambar-gambar Almy yang tidak memakai make-up.

Sanggup Jual Diri, Mahu Hidup Mewah

KULIM – Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web.

Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini.

“Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.

Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral.

“Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan.

“Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya,” katanya. – Sinar Harian Online.