1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.
2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang ‘orang kampung’. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit).
Apa yg sering menarik perhatian pasukan2 sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yg dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.
3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan ‘killing machine’. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan2 lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung.
Yg seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yg terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment