Romantik : Gambar Lisa Dan Yusri Bercuti Di Los Angeles (10 Gambar)

on Wednesday, April 3, 2013



Romantik : Gambar Lisa Dan Yusri Bercuti Di Los Angeles (10 Gambar) | Pasangan romantis, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lisa yang dikenali sebagai ‘Malaysian Sweetheart’ ini sempat berkongsi gambar mereka di sana di laman Instagramnya.

Antara tempat menarik yang dilawati di sana ialah Universal Studios, muzium lilin terkenal, Madame Tussauds Hollywood dan Hollywood Walk of Fame.

Jom tengok gambar menarik yang dikongsikan oleh Lisa menerusi laman instagram miliknya.












KESIAN : 13 Anak Yatim Maut Terbakar



KESIAN : 13 Anak Yatim Maut Terbakar | Yangon – Beribu-ribu umat Islam di Myanmar menghadiri upacara pengebumian 13 pelajar lelaki anak yatim yang terkorban apabila sebuah kompleks masjid yang menempatkan sekolah agama di timur Yangon, terbakar awal pagi semalam, dipercayai akibat litar pintas.

Ramai diantara jemaah juga tidak dapat menahan sebak ketika solat jenazah diadakan sebelum upacara pengebumian.

“Tiga belas kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama di pinggir Yangon. Kami mengesyaki ia akibat litar pintas. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.

Penggunaan voltan tinggi

“Siasatan mendapati kebakaran disebabkan penggunaan elektrik voltan tinggi,” kata seorang pegawai polis di tempat kejadian.

Anggota jawatankuasa masjid, Soe Myint, berkata kebanyakan kanak-kanak yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun 16 daripada mereka tidur di bahagian serambi kecil dan terperangkap apabila tangganya terbakar. Tiga kanak-kanak berjaya melompat dan terselamat tetapi 13 lagi terbunuh,” katanya.

Soe Myint berkata, beliau turut mengangkat mangsa keluar dari masjid dan tidak percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah,” katanya yang mendesak siasatan terperinci dijalankan.

Pasukan Polis Myanmar melaporkan dalam ruangan rasmi Facebook bahawa mangsa maut akibat melecur atau terhidu asap.

Polis turut dipanggil untuk meredakan keadaan dan berjanji menubuhkan jawatankuasa dianggotai pemimpin Islam bagi menyiasat punca kejadian selepas sekumpulan penduduk yang berang berkumpul di tempat kejadian mendesak siasatan dilakukan.

Kelas musim panas

Bangunan itu menempatkan sebuah masjid dan sekolah agama di mana kanak-kanak tinggal ketika mengambil kelas musim panas. Kira-kira 75 anak yatim sedang tidur di masjid berkenaan ketika kejadian berlaku.

Tahap piawaian keselamatan kini teruk di Myanmar, negara miskin yang baru keluar daripada pemerintahan tentera sejak lebih enam dekad.

Keganasan agama bermula 20 Mac lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 43 maut manakala masjid dan rumah dibakar di beberapa bandar di tengah negara itu, menyebabkan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.

Konflik itu memberi cabaran besar buat Thein Sein, yang memenangi pujian antarabangsa atas usaha pembaharuan sejak mengambil alih kepemimpinan dua tahun lalu.

Keadaan agak tenang sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas bekas jeneral itu Khamis lalu, berazam bahawa maklum balas tegas berhubung keganasan yang mendakwa ‘ahli politik mengambil kesempatan dan pelampau agama.’

Keganasan agama yang membabitkan penduduk Buddha dan Islam di negeri barat Rakhine tahun lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang terkorban. – AFP

Tukang Masak Gagal Ucap Kalimah Syahadah



Tukang Masak Gagal Ucap Kalimah Syahadah | KUANTAN – Rahsia seorang tukang masak dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.

Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak langsung menggambarkan mereka Islam.

“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.

Katanya, lebih mengecewakan, restoran berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan tanda di luar restoran.

“Mereka mempamerkan tulisan halal sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.

Noridzuan berkata, restoran itu diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.

Menurutnya, restoran yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis hidangan Melayu, barat dan makanan arab.

Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Pemilik restoran bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Lawatan disertai 10 Pegawai dari Jaip, Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Raub.-sinar harian

Abil: ‘Gee Pergi Dengan Tenang’



Abil: ‘Gee Pergi Dengan Tenang’ | SHAH ALAM – Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban.

Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.

“Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.

“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang,” kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.-sinar harian

Jamalul Kiram Nafi Upah Askar Ceroboh Sabah



Jamalul Kiram Nafi Upah Askar Ceroboh Sabah | MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu.

Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

“Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu,” kata Idjirani.

Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu.

Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu.

Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu.

Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu.

Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik.

Jamalul Kiram menemui Palma hampir sejam di pejabatnya di sini.

Palma berjanji untuk membawa kes itu ke Majlis Vatican di Vatican. – Agensi




PSG Seri 2-2 Dengan Barcelona.



PARIS, - Paris Saint-Germain berjaya menahan keagungan dan kekuasaan Barcelona dan berkongsi angka 2-2 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, Selasa atau Rabu (3/4/2013). Kedua-dua gol pertama dalam perlawanan itu masing-masing disunting pelakon utama parti itu, Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic. Sementara dua gol lain disunting pada akhir separuh kedua.

Les Parisiens justeru hampir menembusi gawang Barcelona kawalan Victor Valdes. Tusukan Ezequiel Lavezzi menggoyahkan pertahanan Blaugrana. Penyerang Argentina itu kemudian melambungkan bola melampaui Valdes. Hasilnya, bola masih mengenai tiang kanan gawang Barca.

Tiga minit kemudian, Xavi kembali mengancam barisan belakang PSG. Namun, tembakan jarak jauh lelaki berusia 34 tahun itu masih melebar dari jala Salvatore Sirigu


Barcelona akhirnya menembusi gawang PSG. Messi yang memanfaatkan umpan cerdik Alves. Penyerang Argentina itu terlepas di kanan penalti PSG. Sekali kawalan, Messi memperdaya Sirigu dengan tembakan kaki kirinya.

Tiga minit jelang turun minum, Messi hampir memperbesar keunggulan Blaugrana. Namun, tendangannya kaki kanannya masih tipis melebar, sementara Sirigu sudah terpedaya dan hanya mampu menyaksikan bola yang melayang keluar.

Sebelum perlawanan separuh kedua bermula, Messi digantikan Francesc Fabregas. Pemain Terbaik Dunia empat kali berturut-turut itu terpaksa keluar akibat dibelit kecederaan hamstring.

Kehilangan Messi tak membuat Barca mengendurkan tekanan. Pada minit ke-65, Fabregas menyodorkan bola kepada Sanchez. Tendangan bekas penyerang Udinese itu sudah mengarah ke sasaran, namun tepat menuju ke tangan Sirigu. Peluang pun mentah dan Barcelona masih tetap memimpin 1-0.


 Sampai minit ke-87, halaman UEFA mencatatkan penguasaan bola Barcelona mencapai 65 peratus plus membukukan 14 spekulasi dengan tujuh di antaranya terarah ke gawang. Sementara PSG menuai 11 kali peluang dengan enam di antaranya tepat ke sasaran.

Seminit jelang waktu perlawanan tamat, Barcelona kembali memimpin setelah Sanchez lolos dan dilanggar Sirigu di tempat terlarang. Xavi yang menjadi pengambil penalti dengan tenang melejitkan bola ke kanan gawang, sementara Sirigu telanjur bergerak ke kiri.

Namun, PSG mampu membalas saat injury time memasuki minit keempat. Bermula dari umpan lambung Christophe Jallet, Ibrahimovic membekalkan bola dengan tandukannya kepada Blaise Matuidi. Pemain tengah timnas Perancis itu pun melesakkan bola dan arahnya sempat berbelo setelah mengenai bek pengganti Marc Bartra. Valdes pun terpedaya dan bola meluncur perlahan ke sebelah kanan gawang Barcelona.

Hingga pengadil Wolfgang Stark meniupkan wisel panjang, Barcelona tetap unggul 2-2 dengan PSG.


Inilah Selebriti-Selebriti Yang Melakukan Pembedahan Pada Gigi Mereka

on Tuesday, April 2, 2013

Ada banyak cara untuk mempercantik diri, salah satunya adalah mengubah bentuk gigi. Disedari atau tidak, senyum yang menawan berpunca daripada gigi yang terbentuk rata dan rapi. Itulah salah satu alasan beberapa orang mengubah bentuk gigi mereka.
Pembedahan mengubah struktur gigi lumrah dilakukan di luar negeri. Di Malaysia sendiri, pembedahan mengubah struktur gigi sudah mulai marak dilakukan. Ada yang perlu dibedah kerana mengganggu kesihatan, ada juga yang pembedahan kerana alasan keindahan.
Beberapa selebriti ini melakukan pembedahan gigi untuk mendapatkan bentuk gigi seperti yang mereka inginkan. Siapa saja mereka? Mari kita semak di laman ini ...



#-Cerita Dewasa Klik Di Sini

#-Skandal Seks Artis Hollywood Klik Di Sini

#-Download Video Panas Artis Antarabangsa Klik Di Sini


1. Tom Cruise




Pelakon ternama ini dulunya mempunyai gigi yang sangat berselerak, kemudian ia memutuskan untuk melakukan pembedahan kerana menganggap giginya yang berselerak akan menghalang kerjayanya di dunia entertainment. Setelah melakukan pembedahan, giginya jauh lebih rapi dan kelihatan semakin tampan. Setuju kan kalau gigi Tom Cruise lebih bagus yang sekarang?


2. Victoria Beckham

Mana yang lebih cantik? Senyum masa muda atau senyumnya yang sekarang? Apapun kadar kamu, pastinya setuju kalau Victoria Beckham kelihatan lebih rapi dengan penampilan giginya kini. Isteri David Beckham ini khabarnya menghabiskan 2500 poundsterling, untuk mengubah penampilan giginya. Wow!

3. Anggun C Sasmi


Pada masa awal kerjayanya di Indonesia tahun 90'an, Anggun terkenal dengan gigi 'gingsul'nya yang manis. Setelah bertahun pindah ke Perancis, Anggun pulang ke Indonesia dengan senyumnya yang baru. Giginya kelihatan rata dan tersusun rapi.
Anggun mengakui bahawa ia melakukan pembedahan gigi untuk menyempurnakan penampilannya. Semua setuju kalau Anggun tetap cantik dengan gigi ratanya kan?


4. Lee Hyori

Penyanyi cantik ini dulu giginya tidak teratur. Dalam sebuah gambar lama yang beredar di awam, nampak susunan gigi bawahnya sangat berselerak. Seiring dengan popularitinya, Lee Hyori melakukan pembedahan demi mendapatkan gigi yang sempurna. Dan hasilnya nampak sekarang, lebih cantik mana hayo?

5. Yunho TVXQ

Personel boyband ternama asal Korea, TVXQ ini juga melakukan pembedahan gigi. Yunho dulu mempunyai dua gigi taring yang sebenarnya kelihatan cukup manis. Namun penyanyi yang juga pelakon ini memilih untuk meratakan bentuk giginya demi senyum yang sempurna. Kacau atau rata, senyumnya tetap manis kan?

6. Kate Middleton

Calon Ratu kerajaan Inggeris ini melakukan pembedahan kecil pada giginya. Kate Middleton melakukan suatu rawatan yang membuat giginya kelihatan asimetris dan nampak lebih berkilat. Duchess of Cambridge ini dirawat oleh doktor asal Perancis, Didier Fillion, dengan menggunakan kawat gigi yang dipasang di bahagian belakang untuk menggerakkan secara halus dan menyelaraskan gigi tanpa menghilangkan bentuk alaminya. Juga menambah ilusi putaran kecil dengan memoles permukaan enamel gigi atau menambah porselen pada gigi.