Pelik! Puting Beliung Ini Terjadi Dalam Bangunan

on Sunday, April 21, 2013

Siapa tidak gerun apabila terlihat putaran puting beliung di hadapan mata. Mahu kecut perut dibuatnya. Puting beliung sememangnya antara bencana yang mampu merosakkan apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Namun percayakah anda bahawa terdapat puting beliung yang telah berlaku di dalam bangunan. Pelik! Bagaimana ini boleh berlaku?



The Mercedes-Benz Museum yang terletak di Jerman bukan setakat menyimpan kereta, tetapi juga mempunyai puting beliung tiruan yang terkuat di dunia dan diiktiraf oleh Guinness Book of Records pada tahun 2007. Vortex setinggi 34.4 meter pada awalnya bukan direka untuk menghasilkan puting beliung, tetapi sebagai membuang asap jika berlaku kebakaran. Namun begitu, proses untuk membuang asap telah menghasilkan puting beliung setinggi 100 kaki dan mengambil masa 7 minit untuk dihasilkan.

via 

Universiti Di China Mahu Pelajar Wanita Kencing Berdiri…Nak Jimat Air!


XIAN – Pihak pentadbir Shaanxi Normal University di China pening memikirkan bagaimana untuk mengatasi pembaziran penggunaan air di universiti itu di saat masalah bekalan air semakin meruncing di republik tersebut.

Di universiti itu sahaja, 6,000 milimeter air telah digunakan oleh para pelajar dan kakitangan universiti itu, hanya untuk ‘flush’ 300 milimeter air kencing mereka.

Akhirnya pihak universiti menemui satu kaedah yang dianggap menjimatkan air serta ‘mesra alam’.

Mereka telah memperkenalkan TANDAS BERDIRI UNTUK WANITA!

Walaupun mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada kaum wanita, pihak universiti berkeras mengatakan ia antara kaedah terbaik setakat ini bagi menjimatkan air.

Mereka berpendapat, dengan cara ini, 160 tan air boleh dijimatkan sekiranya kaum wanita di situ menggunakan tandas tersebut berbanding tandas yang sedia ada.

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana ‘kaedah’ tersebut dibuat?

Rupanya setiap tandas wanita itu telah dibekalkan sejenis kertas yang direka khas bagi membolehkan sisa kumuhan mereka disalirkan terus dari vagina ke dalam mangkuk tandas yang disediakan.

Kertas itu kemudian boleh dibuang ke dalam tong sampah di dalam tandas itu.

Memang ia satu idea yang karut tetapi tidak bagi pentadbir universiti itu, malah mereka tidak menolak kemungkinan mengembangkan lagi tandas seumpama itu di masa hadapan.

Bagi membuatkan wanita lebih ‘tenang’, tandas berdiri wanita itu dicat dengan warna yang lembut serta dihias dengan lukisan bunga-bungaan.

Salah seorang siswi yang ditemui selepas menggunakan tandas itu memberitahu;

” Bila saya masuk dalam tandas berdiri itu, dekat dua tiga minit ‘mencuba’ tetapi masih tak boleh ‘keluar’. Rasanya kena berlatih banyak kali baru boleh menyesuaikan diri,” katanya sambil malu-malu.

Subhanallah ! Lantai dan Tiang Sebuah Masjid Bergeser Sendiri

Fenomena yang unik terjadi. Lantai dan tiang sebuah masjid di Tasikmalaya bergeser dengan sendirinya. Hal ini membuat orang ramai terkejut,  lantai seramik dan tiang dalam Masjid Jami Al-Falah, di Kampung Tundagan, Kelurahan Linggajaya, Kecamatan Mangkubumi, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Rabu (22/9/2010) malam (kejadian aneh ini telah lama berlaku), bergeser dengan sendirinya dan menggegarkan seluruh penduduk di kawasan tersebut.

Pengurus DKM tersebut, Sariful Gaos, mengatakan pergeseran itu nampak jelas kelihatan dari lantai dasar masjid yang sebelumnya sudah bergeser sejak empat hari lalu, kemudian kembali terjadi bergeser seperti semula. Warga sebelumnya tidak percaya, namun kerana ini memang keajaiban akhirnya melalui pembesar suara diberitahukan kepada seluruh warga hingga semuanya hadir ke dalam masjid.

“Kelihatan kembali ianya bergeser sekarang, berubah lagi seperti semula,” katanya yang menjelaskan jarak pergeseran itu tidak terlalu besar.

Masjid di pinggiran Jalan Tundagan yang dibangun pada tahun 1989 itu, berdasarkan pengakuan penduduk setempat, masjid kembali bergeser seperti sediakala setelah para jemaah selesai menunaikan solat Isyak. Peristiwa bergesernya tiang masjid itu berlaku adalah menjelang tengah malam .

Peristiwa pergeseran yang nampak jelas terasa dan dilihat sebahagian penduduk kampung itu.

Fenomena pergeseran bangunan masjid itu, dari pengakuan warga dan pengurus masjid tidak ada material bangunan masjid yang mengalami kerosakan atau keretakan dari pergerakan itu, kecuali keretakan bekas gempa Tasikmalaya pada 2 September 2009 lalu.

Seorang penduduk disitu berkata, Uun (60) pergeseran masjid itu terlihat dari deretan seramik yang arah garisnya bergeser kesamping serta empat tiang berbentuk persegi dalam masjid itu, dua diantaranya bahagian dinding tiang terlihat sudutnya bergeser. “Kerana tidak percaya ianya bergeser, saya buka karpetnya dan terlihat seramik itu miring ke bahagian selatan dan bergeser ke barat,” katanya.

Bahkan warga yang mendatangi masjid tersebut nampak keheranan .

“Terlihat bergesernya itu dari lantai dan tiang dalam masjid melilit ke samping,” kata salah seorang warga setempat Ny Yuyun yang datang bersama anaknya. Mungkin ini salah satu bukti kekuasaan Tuhan yang ingin ditunjukkan kepada hamba-hamba-Nya.

 

Download Naruto Shippuden Eps 309 Subtitle Indonesia & English


DOWNLOAD DI LINK DI BAWAH..

indo sub..

MP4 Link 1



English Subtitle 


MP4 Link1

Misteri Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur Terbongkar



Ada yang tak kena dengan Siti Balqis ni. Berita kononnya dia dilarikan oleh jin berbulu ke Gunung Jerai hanyalah rekaannya semata-mata. Apa sebab dia buat begitu? Apa yang diharapkan agar keluarga Siti Balqis dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya kelak. Bukannya apa, ramai yang sudah menaruh simpati, tidak kurang yang bersengkang mata menjaga Siti Balqis di rumah, berpuluh bomoh dan pengamal perubatan cuba mengubati beliau. Rupa-rupanya ini adalah lakonan dari beliau sahaja?

Macam-macam kisah Siti Balqis nih, dari berita dia disorok dek jin, berita batu permata jatuh dari bumbung sehinggalah yang terbaru, dikatakan dia dilarikan jin berbulu ke Gunung Jerai, walhal siasatan polis menunjukkan beliau berada di jelebu, Negeri Sembilan.
Berikut adalah rentetan siasatan polis :

1. Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

2. Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

3. Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini. Polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

4. Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

5. Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

6. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

7. “Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

8. Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

9. Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

10. “Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

11. Di Kuala Kelawang, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

12. Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

13. “Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.

14. Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

15. Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Apa motif sebenar Siti Balqis? adalah betul-betul beliau sakit yang memerlukan beliau berjumpa dengan pakar psikiatri? Kalau perlu, segerakanlah! Kenapa? apa motif beliau menyatakan ibunya sudah meninggal dunia dan duduk di banglo mewah? kalau betul Siti Balqis berkata begitu, memang patut disegerakan rawatan beliau dengan pakar psikiatri.

Siti Balqis memang unik, kami nak juga tahu bagaimana dengan insiden batu permata yang jatuh dari atas siling, Siti Balqis hilang dari pandangan walaupun dikawal ketat oleh penduduk kampung dan wartawan? atau ada orang yang bersubahat menolong beliau? Hairan, macamana pula dia boleh dapat tiket bas ekspress? Harap dapat dirungkaikan dan dapat penjelasan dari Siti Balqis sendiri.

Susah untuk percaya dan sukar untuk menidakkannya, apatah lagi mengenai batu permata tuh, elokkan diperiksa dari mana datangnya. Kita pun ada teknologi canggih, sekali imbas dah boleh tahu batu jenis apa, dimana datangnya.

Sebelum itu juga, kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kita dimana Tuhan jadikan bumi ini bukanlah untuk manusia sahaja. Hanya itu yang boleh dijadikan pengajaran, berkaitan ceritanya yang mengarut itu, jadikan lah sempadan. Masakan tidak, memang lumrah sekarang, bila berlaku kes sebegini, ramai yang lebih mempercayai bomoh dari pengamal perubatan Islam atau dengan kata lain, berubat dengan kaedah Islam. Ramai yang masih tidak percaya atau kurang yakin dengan majlis bacaan Yassin dan lebih selesa menggunakan khidmat bomoh-bomoh yang entah betul atau tidak. Satu soalan! Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?.