Pelik! Puting Beliung Ini Terjadi Dalam Bangunan

on Sunday, April 21, 2013

Siapa tidak gerun apabila terlihat putaran puting beliung di hadapan mata. Mahu kecut perut dibuatnya. Puting beliung sememangnya antara bencana yang mampu merosakkan apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Namun percayakah anda bahawa terdapat puting beliung yang telah berlaku di dalam bangunan. Pelik! Bagaimana ini boleh berlaku?



The Mercedes-Benz Museum yang terletak di Jerman bukan setakat menyimpan kereta, tetapi juga mempunyai puting beliung tiruan yang terkuat di dunia dan diiktiraf oleh Guinness Book of Records pada tahun 2007. Vortex setinggi 34.4 meter pada awalnya bukan direka untuk menghasilkan puting beliung, tetapi sebagai membuang asap jika berlaku kebakaran. Namun begitu, proses untuk membuang asap telah menghasilkan puting beliung setinggi 100 kaki dan mengambil masa 7 minit untuk dihasilkan.

via 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment