Ziela Jalil Berkempen Habis-habisan

on Thursday, April 25, 2013


KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2013: Meskipun tidak bertanding untuk mana-mana parti politik atau kawasan, pelakon Ziela Jalil akui dia kini tetap berkempen habis-habisan untuk parti pilihannya iaitu Barisan Nasional (BN).

Ziela Jalil berkata sempena Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU 13) ini, dia sedang aktif berkempen untuk Barisan Nasional sehingga ke luar Kuala Lumpur sebelum hari sebenar mengundi pada 5 Mei ini.
"Sekarang saya memang giat berkempen untuk Barisan Nasional kerana BN tetap di hati saya sejak dahulu, kini dan selamanya.

"Sekarang setiap minggu Sabtu dan Ahad, bermula minggu lalu saya sudah mengikut BN untuk berkempen bagi kawasan Bukit Antarabangsa.

"Pada 27 Arpil ini pula saya akan ke Bukit Katil, Melaka untuk membantu berkempen untuk pemimpin BN yang bertanding di sana iaitu Dato' Dr. Hassan Ali.

"Minggu hadapannya pula sebelum PRU 13 saya akan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk ikut berkempen di sana.

"Saya pergi atas jemputan BN dan saya tidak kisah untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama berkempen kerana saya sayangkan kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebagai golongan artis di Malaysia, Ziela Jalil memberitahu dia amat bersyukur dengan manifesto yang diberikan kepada penggiat seni tempatan.

"Saya rasa golongan artis di Malaysia sepatutnya perlu bersyukur kerana kerajaan telah banyak membantu dalam menyara hidup dalam bidang seni ini.

"Kami tiada KWSP seperti pekerja lain tetapi diberi kelebihan dan kemudahan lain untuk kami berupaya membeli rumah dan kereta sama seperti pekerja lain," jelasnya lagi.

Antara manifesto Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada golongan artis adalah Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M). KD1M yang sebelum ini diwujudkan untuk polis, tentera dan persara kini juga boleh dimiliki oleh artis-artis tempatan yang berdaftar dibawah Persatuan Seniman mahupun di bawah persatuan berdaftar lain yang berkaitan dengan industri hiburan dan kreatif.

Pemberian tersebut merupakan salah satu daripada empat usul yang telah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mewakili para penggiat seni tempatan, dalam satu Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Penggiat Seni Tanah Air bertempat di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya, 17 April lali.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment