Pesan Roh Kepada Manusia

on Thursday, April 25, 2013





Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada
di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu
kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini
aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara
sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia
pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari
itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka
buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya
dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu,
Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-
anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga
dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak
lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat
ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut
n kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T.
maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata
mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T
maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment