Gabenor Tokyo Minta Maaf Selepas Hina Negara Islam

on Tuesday, April 30, 2013

Gabenor Tokyo, Naoki Inose

TOKYO 30 April - Gabenor Tokyo, Naoki Inose hari ini meminta maaf kepada dunia Islam selepas menyifatkan negara-negara Islam tidak mempunyai sebarang persamaan selain Allah dan `sering bergaduh antara satu sama lain.

Beliau berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan salah faham di kalangan penduduk beragama Islam.

"Justeru, saya meminta maaf, Jika terdapat kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham, ia berlaku kerana salah cara penyampaian kenyataan saya," katanya.

Inose yang mengetuai Tokyo untuk membina Sukan Olimpik 2020, mengeluarkan kenyataan menyatakan negara Islam sedang berperang dan terlalu bersifat hieraki kepada akhbar New York Times.

Kenyataan itu dilihat cuba menghina pesaing Tokyo, Istanbul yang cuba menjadi negara Islam pertama untuk menjadi tuan rumah sukan berkenaan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment