Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts

MOHON KERJASAMA ORANGRAMAI UNTUK MEMBANTU PDRM MENGESAN PENJENAYAH INI - TOLONG SEBARKAN GAMBAR LELAKI INI.

on Thursday, August 1, 2013

 

Gambar Suspek lelaki cina yang membunuh pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur dua hari lepas. lelaki ini dikenali sebagai nama Sei Ngan Chai (gelaran) berusia dalam lingkungan 30an ini kerap dilihat berada dikawasan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.


Orangramai dinasihatkan supaya jangan cuba untuk mengambil tindakan sendiri untuk memberkas lelaki ini jika terserempak dengannya, ini kerana lelaki ini sangat merbahaya dan disyaki bersenjatapi.

Gambar ditempat kejadian

Kepada anda yang mempunyai maklumat atau ternampak lelaki ini, dipohon kerjasama supaya dapat menyalurkan maklumat tersebut ke Balai Polis yang berdekatan dengan anda.

Kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih dan selamat menjalani ibadat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam.

Kekejaman Syiah – Gambar Penyembelihan Beramai-Ramai Di Homs.

on Wednesday, July 31, 2013

 


Seperti yang diramalkan selepas memusnahkan bandar itu sepenuhnya, tentera regim Bashar, shabiha dan askar upahan Hizbullah (Syiah) telah membunuh secara beramai-ramai sejumlah besar penduduk awam di bandar itu, termasuk wanita dan kanak-kanak. Di mana kebanyakan mangsa telah dibakar hidup-hidup.







Penyembelihan penduduk awam masih berterusan oleh tentera regim bashar (syiah) dengan bantuan ratusan tentera dari Iran (syiah) dan militan Hizbullah (syiah). Sebagaimana tragedi yang telah dilalui Al-Qusair dan beberapa bandar lain di wilayah Homs, Talkalakh kini sedang mengalami tragedi penyembelihan dan pembunuhan secara beramai-ramai yang amat dahsyat.

Azabnya Ibu Tunggal Membesarkan Sembilan Anak-Anak.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, keazaman Puan Norah membesarkan sembilan anak tanpa suami disisi sejak tiga tahun lalu sangat dikagumi dan boleh menjadi tauladan kepada wanita yang senasib dengannya.

Bangun seawal jam tiga pagi untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak daripada pakaian mereka hinggalah sarapan dan makan tengahari ini kerana menjelang jam lima pagi Puan Norah terpaksa ketempat kerja iaitu di dapur sebuah restoran 500 meter dari rumahnya dengan gaji bulanan RM800.00

Azabnya bertambah menjelang Ramadan apabila restoran tempat dia bekerja ditutup sempena bulan puasa dan Allah S.W.T. Maha pemurah apabila seorang rakan menawarkan dia berkerja membantu jualan di Bazar Ramadan dengan upah RM30 sehari.

Bayangkan mereka yang bergaji RM8,000 pun mengatakan tidak cukup apalagi kepada Puan Norah yang hanya bergaji RM800 dengan tanggungjawab untuk memastikan sembilan anak-anaknya mendapat sesuap nasi, belum lagi kita tanyakan tentang sewa rumah dan bil-bil yang perlu dibayar olehnya.

Tentang persiapan Hari Raya, apa yang dapat dibuat oleh ibu ini dengan gaji RM30 sehari di Bazar Ramadan......... Dia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar........... Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau dapat melenyapkan keperitan, kesusahan, keazaban yang ditanggung oleh Puan Norah dan anak-anaknya........

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau himpunkan Para Malaikat untuk menjaga keluarga ini Ya Allah, agar tidak diganggu oleh syaitan yang akan sentiasa ingin menyesatkan ibu kepada sembilan orang anak ini...........

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar Kau limpahkan rezeki yang halal kepada keluarga ini Ya Allah.

Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini bolehlah menderma di akaun BANK RAKYAT : 220971144910 diatas nama Norah Binti Alias atau jika berasa curiga boleh berhubung terus dengan wartawan Utusan Malaysia Cik Siti Zaleha Jorimai ditalian 0392322805 dan kepada anda yang tinggal berdekatan kawasan Kajang atau disekitar Lembah Kelang yang ingin memberi bantuan secara terus kepada keluarga ini bolehlah berkunjung kerumahnya dialamat :

JALAN TKP 26, TAMAN KANTAN PERMAI, KAJANG, SELANGOR.

Admin juga ingin memohon kepada yang telah membaca kisah ini agar dapat sebar atau share cerita ini kepada yang lain.

Maklumat tentang keluarga ini telah diterima oleh blog infoduniaaku daripada wartawan Utusan Malaysia Cik Siti Zaleha Jorimai setelah menghubunginya.


Kepada yang bersimpati untuk membantu, didoakan semuga Allah S.W.T. akan memelihara anda dan dimurahkan lagi rezeki anda, Amin.

Mengerikan - Nahas Keretapi Laju Sepanyol 77 Maut, 178 Cedera. (Video)

on Thursday, July 25, 2013

 

Video dramatik menunjukkan nahas keretapi laju di Utara Sepanyol pada jam 8.41 malam semalam (Rabu 24 July 2013) mengakibatkan 71 orang terbunuh dan seramai 178 lagi cedera, dijangkakan jumlah kematian akan meningkat kerana ramai yang mengalami kecederaan parah.


Laporan akhbar Sepanyol, El Pais, mengesahkan keretapi tersebut telah dipandu laju melebihi dua kali kelajuannya.

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy mengistiharkan negara akan berkabung selama tiga hari berikutan dengan nahas tersebut dan diberitakan pemandu keretapi tersebut telah ditahan untuk siasatan.

Kejam, Kerana RM5, Drebar Teksi Sanggup Bunuh Pelancong.

on Wednesday, July 10, 2013

Mendiang Troy Lee Pilkington


Bangkok: Polis menahan seorang pemandu teksi yang dituduh membunuh seorang ekspatriat warga Amerika Syarikat selepas mereka bertengkar mengenai tambang sebanyak RM5.

Gambar yang berjaya dirakam CCTV
 


Chidchai Utmacha, kanan menunjukkan bagaimana beliau mentak parang keatas mangsa 
Chidchai Utmacha, bergari dan dibawa ke Balai Polis untuk disoal siasat
Jurucakap polis Bangkok, Teerayut Maiplaeng berkata, pemandu berusia 32 tahun itu mengaku menikam Troy Lee Pilkington dengan parang Sabtu lalu.

Menurut Teerayut, Pilkington, 51, bekerja dengan syarikat kejuruteraan Amerika, Caterpillar dan menetap di Thailand sejak tiga tahun lalu.

Pemandu terbabit, Chidchai Utmacha memberitahu penyiasat, Pilkington menuduhnya menggodam meter sebelum meluru keluar dari teksinya di satu persimpangan jalan dan enggan membayar tambang sebanyak 51 baht (RM5). Dia juga mendakwa lelaki Amerika itu menyimbahnya dengan kopi apabila dia meminta tambang itu.

Chidchai berdepan dengan tuduhan membunuh dan membawa senjata di tempat awam tanpa alasan munasabah.

Sumber

Channel 4 Jawab Kritikan Siar Azan.

on Friday, July 5, 2013


LONDON - UNITED KINGDOM - Pengumuman stesen televisyen Channel 4 untuk menyiarkan azan sepanjang Ramadan mendapat bantahan umum.

Ketua Program, Ralph Lee berkata, siaran itu dilakukan sejajar misi syarikat  untuk membantu kumpulan minoriti dan Islam diterima baik di Britain.


Namun, pergerakan berhaluan kanan mengkritik tindakan itu yang disifatkan sebagai provokasi.

"Muslim di Britain sudah peka dengan tanggungjawab beribadah dan perkara itu tidak perlu diingatkan," kata jurucakapnya yang dipetik laporan Reuters.

Sumber 

Biar Betul.......Ketua Samseng Hanya Didenda 64 Sen, Penjara 4 Bulan.


Jakarta: Ketua samseng yang pernah menguasai Tanah Abang, Hercules Rozario Marshal, bakal bebas seminggu lagi selepas dihukum penjara selama empat bulan dan denda 64 sen kerana menghasut rusuhan antipolis di Kembangan, Jakarta Barat.

Mahkamah Daerah Jakarta Barat membuat penghakiman itu, semalam.

Keputusan itu mengejutkan polis yang sebelum ini mengkritik pendakwa kerana mencadangkan hukuman penjara enam bulan saja untuk kesalahan yang menyediakan hukuman maksimum sembilan tahun.

Hakim Kemal Tampubolon berkata, defendan disabitkan kesalahan mengugut untuk mencederakan anggota keselamatan. Rakan Hercules, M Sidik yang juga bekas pemimpin Forum Komunikasi Betawi (Forkabi) turut dikenakan hukuman sama. Hercules mengetuai rusuhan di Kembangan dengan merosakkan tingkap kedai sebagai membantah arahan polis membubarkan kumpulan samsengnya yang berselindung di sebalik nama Gerakan Rakyat Indonesia Baru.

Pertubuhan itu didakwa mempunyai kaitan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) pimpinan bakal calon presiden, Prabowo Subianto.

Pertubuhan Hercules menjadi sasaran polis selepas mereka dipercayai aktif dalam kegiatan memeras ugut penduduk setempat serta memungut wang perlindungan daripada peniaga. Hercules ditahan sejak hampir empat bulan lalu dan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya dijangka tamat minggu depan.

Alga Hijau Penuhi Pantai Di China. (Gambar).

 

BEIJING - Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.

Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.

Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu.

Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini.

Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga.







Pakai Sangkar Kepala Untuk Berhenti Merokok.


KUTAYHA, Turki - Seorang lelaki Turki di sini sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok, lapor akhbar Turki, Hurriyet.

Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar.

Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah.

Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu.

Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi.

Tentera Mesir guling Presiden Mohammed Mursi.

on Thursday, July 4, 2013


KAHERAH 4 Julai - Tentera Mesir semalam menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.

Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.

Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.

Bangunan Terbesar Di Dunia Dibuka.

on Wednesday, July 3, 2013


SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia kelmarin dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon.

Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.


Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.






Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean.

Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britian, Zaha Hadid.

FPI Ancam Serang Pusat Hiburan Degil.



Jakarta: Front Pembebasan Islam (FPI) berjanji tidak akan menyerang tempat hiburan malam jika mereka mematuhi arahan tidak membuka premis itu sepanjang Ramadan.

“Ikut saja arahan. Jangan buka perniagaan. Kami tidak akan menyerang. Tetapi jika ada yang degil, kami akan bertindak,” kata Ketua Dewan Pimpinan Daerah FPI Jakarta Habib Salim Assegaf. Mengulas ancaman polis untuk bertindak ke atas kumpulan yang menyerang premis hiburan pada bulan puasa, Habib berkata, pasukan keselamatan sepatutnya memberi tumpuan kepada premis yang melanggar peraturan daripada mengancamnya. Pihak berkuasa bandar raya Jakarta sebelum ini menetapkan tempat hiburan seperti bar, diskotik dan sauna ditutup sepanjang Ramadan.

RM500,000 Untuk Baiki 2 Tandas.


London: Kerajaan Britain akan membelanjakan sebanyak £100,000 (RM500,00) untuk membaik pulih dua tandas yang digunakan oleh anggota Parlimen dan tetamu.


Kontrak yang diiklankan oleh pihak berkuasa Parlimen berkata, tandas itu yang dibina pada 1937, tidak menjalani sebarang baik pulih sejak 20 tahun lalu dan ‘hayat penggunaannya sudah berakhir’.

“Tandas itu kini berada dalam keadaan yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di kawasan berprofil tinggi. “Tandas terbabit memberi imej buruk kepada Istana Westminster. “Kerja pemulihan diperlukan segera untuk meningkatkan kedudukannya kepada standard sebuah kawasan Warisan Dunia,” menurut dokumen berkenaan.

Mathhew Sinclair dari Persekutuan Pembayar Cukai menyifatkan kos itu sebagai ‘melampau’.


“Kos membaiki satu tandas itu sama dengan kos membuat sebuah rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Laki Bini Kaki ‘Wheelie’.

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.

Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.

“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.

“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Restoran Gunakan Dulang Terbang Untuk Hantar Makanan (video).

on Monday, June 24, 2013


Unik apabila terdapat restoran yang menggunakan teknik perkhidmatan dulang terbang bagi menghantar makanan kepada pelanggan. Kebiasaannya sudah pasti pelayan yang menghantarkan makan itu adalah manusia tetapi berlainan di rangkaian restoran di Britain bernama Yo! Sushi ini dimana ia membuat perkhidmatan dulang terbang pertama di dunia bagi menghantar hidangan ke meja pelanggan dengan pantas.



iTray menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas. Dron dikawal melalui komputer iPad boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam. Pekerja restoran mengawalnya untuk menerbangkan sushi dari dapur ke meja pelanggan.

Konsepnya memang hebat apabila memesan makanan ianya akan diterbangkan ke meja. Dengan cara ini dapat menarik lagi ramai pelanggan untuk enjoy menyaksikan makanan yang di pesan terbang ke meja mereka. Tapi kalau silap kawal jangan pulak ade yang tertumpah kat pelanggan, masak jawabnyer. Kat Malaysia ade sesape taukeh restoran yang nak cuba?.


IKAN DUYUNG TERAKAM DI KIRYAT YAM, ISRAEL [VIDEO]


Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan. Kejadian tersebut berjaya dirakamkan di Kiryat Yam, Israel.



Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya. Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.

Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain.


Wanita Ini Dirogol Diseksa Dan Dicampak Ditepi Jalan.

on Monday, June 17, 2013



Beginilah nasib ribuan wanita Syria sehari-harian. Kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya.

Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria.

Mereka menghina wanita Sunni sedemikian rupa. Apa perasaan anda?.

91 Maut Puting Beliung Gergasi Landa Oklahoma.

on Wednesday, May 22, 2013



MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.

Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.

Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.

Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.

"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat.



















Sebagai rakyat Malaysia, admin turut berasa sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda serta mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat.