Persatuan Orang Mati Ditubuhkan Di India.

on Thursday, April 25, 2013


Uttar Pradesh, India - Seorang petani Lal Bihari (lahir 1961) secara rasmi telah disahkan mati dari 1976 hingga 1994 angkara bapa saudaranya disebabkan harta.

Apabila Lal Bihari cuba untuk memohon pinjaman bank pada tahun 1976, dia diberitahu bahawa menurut rekod dia telah disahkan mati dan setelah disiasat beliau mendapat tahu Bapa saudaranya telah merasuahpegawai kerajaan untuk mendaftarkannya sebagai orang telah mati supaya dia akan mendapat pemilikan tanah Lal Bihari.

Selama 18 tahun beliau berjuang untuk membuktikan bahawa dia masih hidup dan beliau juga mengasaskan Persatuan Orang-Orang Mati di Azamgarh, Uttar Pradesh, India yang juga dikenali sebagai Mritak Sangh.

Persatuan yang mempunyai lebih 20,000 ahli diseluruh India itu telah mengesan sekurang-kurangnya 100 orang yang juga mempunyai masalah sepertinya dan mereka juga mendapat ancaman bunuh daripada pemilik-pemilik harta mereka yang dimiliki secara haram.

Pada tahun 2004, empat daripada ahli mereka telah berjaya mendapatkan semula ‘nyawa’ mereka daripada kerajaan India.

Pada tahun 2004 beliau menceburi bidang politik dan bertanding untuk kerusi di Parlimen Lal Ganj.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment