Selamat Tinggal Barut Nangka!

on Thursday, April 25, 2013

**sekadar gambar hiasan

Memang tidak dinafikan setiap orang pasti berubah ke arah yang lebih baik apabila telah berkahwin dan lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Perubahan yang saya maksudkan adalah dari segi berpakaian.


Memang saya akui sebelum ini saya suka mengenakan baju yang mengikut bentuk badan singkat, ketat dan boleh diibaratkan seperti barut nangka. Kalau dah barut nangka maknanya akan tertonjollah benda-benda yang tak sepatutnya lebih-lebih lagi lemak tepu. ehehehehehehe
Itu dulu, zaman remaja muda belia. Apabila berkahwin, perasaan malu itu terbit dengan sendirinya. Suami saya jarang menegur apatah lagi memaksa saya untuk berubah penampilan. Cuma kalau boleh biarlah sopan dan manis dipandang katanya. Sejak saya berkahwin, sedikit demi sedikit baju-baju barut nangka saya terantai rapi di almari. Malah kesemua baju saya itu kini telah pun berpindah milik kepada anak saudara yang yang berusia 11 tahun.

Memandangkan saya telah menjadi seorang ibu, makanya saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya. Oleh sebab itu sekarang saya suka mengenakan baju yang longgar dan juga labuh, jika boleh biarlah melepasi paras punggung. Lagi satu paling penting, baju yang senang untuk saya susukan zarin di mana-mana sahaja tanpa menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Tambahan pula sekarang, pelbagai jenis, corak dan design blaus yang cantik-cantik di pasaran. Saya bukanlah mementingkan jenama, kalau sehelai baju itu cantik, menepati citarasa saya sudah pasti saya akan membelinya. Tak kisahlah sama ada murah atau mahal. Yang penting memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki.

Saya akui masih banyak yang perlu diperbaik dalam penampilan saya. Namun biarlah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik. Setiap wanita ingin tampil menawan dan sopan serta manis dipandang. Namun pada itu, saya cuba elakkan daripada memakai baju atau blaus yang nampak seperti 'makcik-makcik'-----> ayat suami saya..heheheh

Oleh itu, selamat tinggal barut nangka. Selamat datang si manis menawan :P

psssttt -----> kalau ada yang ingin berkongsi link baju-baju muslimah yang cantik-cantik dan vogue+hot sangat-sangatlah dialu-alukan...terima kasih :)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment