Ajaib, Satu Dalam 20 Juta Tembakan - Peluru Selamatkan Nyawa Ejen ATF.

on Friday, April 26, 2013

Selepas 25 tahun  mendiamkan diri Carlos Montalvo menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku kepadanya semasa kejadian tembak menembak dengan suspek pengedaran dadah.

Montalvo adalah bekas ejen penyamaran Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives (ATF) Amerika Syarikat yang kini sudah bersara menceritakan apa yang berlaku ditempat letak kereta disebuah pusat membeli belah di Miami.
Peluru yang menyelamatkan nyawa Carlos
Semasa sedang memantau seorang suspek pengedaran dadah beliau telah ditembak daripada dalam kereta oleh suspek tersebut iaitu William Morales yang berusia 23 tahun. Apa yang berlaku semasa kejadian tersebut apa yang digelar Montalvo sebagai “One in 20 million shot.”.

“Tembakan pertama pemuda itu tepat mengenai barel pistol saya dan terkan peluru saya”, kata Montalvo lagi, “Peluru suspek tersebut yang keluar dari muncung pistolnya begitu lurus sehingga tepa mengenai muncung barel pistolnya dan mengenai tepat peluru yang belum sempat keluar daripada pistol saya”, peluru daripada pistol penjenayah tersebut seolah-olah mengundurkan kembali peluru pistol Montalvo yang tidak sempat keluar dari muncungnya.

Penjenayah tersebut menggunakan pistol Sig Sauers 9mm sama dengan pistol yang digunakan oleh Carlos Montalvo ketika itu.

Rakan-rakan Montalvo yang berada ditempat kejadian mengesahkan keajaiban yang berlaku terhadap Montalvo sehingga menyelamatkan dia daripada terbunuh jika tidak kerana halangan daripada peluru pistolnya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment