Samada Dia Dah Gila Atau Terpaksa, Doktor Ini Bedah Perutnya Sendiri.

on Sunday, April 28, 2013



Peristiwa ini berlaku pada 30 April 1961 semasa seorang doktor yang berasal daripada Rusia iaitu, Doktor Leonid Rogozov bersama lima orang menyertai satu ekspedisi iaitu Ekspedisi Antartika Soviet dan mendiami Stesyen Novolazarevskaya.

Pada ketika itu Doktor Leonid merasakan dirinya kurang sihat serta mengalami demam dan berasa sakit dibahagian bawah sebelah kanan perutnya. Oleh kerana beliaulah salah satunya doktor di kem tersebut terpaksalah beliau mendiagnosa dirinya sendiri dan mendapati beliau mengalami masalah didalam usus iaitu appendix.

Oleh kerana sukar untuk mendapatkan pesawat didalam kadar segera dan risaukan penyakitnya bertambah parah pada 30 April 1961 Doktor Leonid Rogozov telah melakukan pembedahan terhadap dirinya sendiri dengan dibantu seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang bertugas bersama-sama beliau disitu.


Pembedahan yang memakan masa selama dua jam dan Doktor Leonid Rogozov telah memotong perutnya sepanjang 12 cm dimana dia dapat mengesan penyakit appendixnya.



Selepas lima hari pembedahan, kesihatan Doktor Leonid Rogozov bertambah baik dan selepas tujuh hari beliau telah menanggalkan dawai yang digunakan untuk menjahit perutnya.

Sumber  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment