Hong Kong Negara Maju tapi Masih Ada rumah Dalam Sangkar.

on Friday, April 26, 2013


Hong Kong adalah sebuah bandar yang meriah penuh sesak dengan manusia, tetapi kualiti hidup bagi mereka yang berada di peringkat bawahan adalah sangat mengaibkan.

“Ohh saya perlu berkongsi bilik mandi bukan sahaja dengan adik bradik saya tetapi saya bercakap sehingga 18 orang sedang menunggu untuk menggunakan hanya satu tandas disebuah bilik yang hanya mempunyai keluasan 625 kaki persegi.

Salah seorang penghuni ‘sangkar’ tersebut adalah Encik Kam-Chuen daripada seramai 400,000 orang miskin yang terpaksa membayar kira-kira $167,6 USD untuk hidup dalam persekitaran yang amat tidak selesa. Menurut beliau, ia adalah amat tidak selesa, terutamanya jika anda mendapat tingkat atas: "kepala anda akan kerap terhantuk di siling".


Kalau tak percaya cuba tengok gambar dibawah ini............

Menakjubkan Botol Plastik Dibuat Rumah.

Tahukah anda kebijakan penduduk di sebuah kampung yang bernama Yelwa di Nigeria menggunakan bahan binaan yang murah untuk membina sebuah rumah hanya dengan menggunakan botol plastik adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak terfikir oleh kita yang menyangkan diri kita lebih bijak pandai dari mereka.

Kini lebih daripada 20 buah rumah telah dibina dengan botol plastik di kampung tersebut.

Setiap botol plastik diisi dengan tanah kering dan kemudiannya dipadatkan dengan kayu untuk membentuk sejenis 'bata' yang boleh diletakkan sebelah menyebelah dan di atas satu sama lain. Teknologi "botol bata" bermula di India, Selatan dan Amerika Tengah, satu cara pembinaan yang kos yang murah serta mesra alam.

Rumah Tunggang Terbalik Di Austria (Gambar & Video).

Disebuah perkampungan kecil di barat Austria iaitu Terfens dua orang arkitek Poland, Marek Rozhanski telah membina sebuah rumah yang betul-betul berkedudukkan terbalik yang kini terbuka sebagai tarikan pelancong.



- Video -
Semua peralatan didalam rumah ini mempunyai “anti-gravity effect” termasuklah kereta yang letak didalam garage telah diterbalikkan, gerun juga bila masuk seolah-olah peralatan yang diatas kepala kita akan jatuh menimpa..........


Ajaib, Satu Dalam 20 Juta Tembakan - Peluru Selamatkan Nyawa Ejen ATF.

Selepas 25 tahun  mendiamkan diri Carlos Montalvo menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku kepadanya semasa kejadian tembak menembak dengan suspek pengedaran dadah.

Montalvo adalah bekas ejen penyamaran Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives (ATF) Amerika Syarikat yang kini sudah bersara menceritakan apa yang berlaku ditempat letak kereta disebuah pusat membeli belah di Miami.
Peluru yang menyelamatkan nyawa Carlos
Semasa sedang memantau seorang suspek pengedaran dadah beliau telah ditembak daripada dalam kereta oleh suspek tersebut iaitu William Morales yang berusia 23 tahun. Apa yang berlaku semasa kejadian tersebut apa yang digelar Montalvo sebagai “One in 20 million shot.”.

“Tembakan pertama pemuda itu tepat mengenai barel pistol saya dan terkan peluru saya”, kata Montalvo lagi, “Peluru suspek tersebut yang keluar dari muncung pistolnya begitu lurus sehingga tepa mengenai muncung barel pistolnya dan mengenai tepat peluru yang belum sempat keluar daripada pistol saya”, peluru daripada pistol penjenayah tersebut seolah-olah mengundurkan kembali peluru pistol Montalvo yang tidak sempat keluar dari muncungnya.

Penjenayah tersebut menggunakan pistol Sig Sauers 9mm sama dengan pistol yang digunakan oleh Carlos Montalvo ketika itu.

Rakan-rakan Montalvo yang berada ditempat kejadian mengesahkan keajaiban yang berlaku terhadap Montalvo sehingga menyelamatkan dia daripada terbunuh jika tidak kerana halangan daripada peluru pistolnya.

Jerung Kembar Siam.


Anda mungkin biasa melihat atau mendengar cerita tentang ular berkepala dua, kura-kura berkepala dua tetapi adakah anda pernah melihat atau mendengar cerita tentang Jerung berkepala dua?.

Seorang nelayan daripada Florida telah berjaya menangkap seekor jerung yang berkepala dua, nelayan tersebut telah mendermakan jerung tersebut kepada saintis untuk membuat kajian terhadap jerung itu.

Para saintis memanggil kejadian tersebut sebagai “axial bifurcation,” dimana proses kembar sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku seperti yang sepatutnya.

Walaupun hayat jerung tersebut tidak panjang selepas nelayan tersebut menangkapnya, namun para saintis berkata jikapun jerung itu hidup dan dimasukkan kedalam laut, peluangnya adalah tipis ini kerana banyak pemangsa yang akan memakannya.

.......... jerung kembar siamlah tu..........



Pelik Tapi Benar - Kuil Khas Untuk Motorsikal.


Pada 1991, Om Banaji atau lebih dikenali dengan panggilan Om Banna sedang menunggang motorsikal kesayangannya tetapi malangnya beliau telah menghadapi kemalangan.

Pihak polis telah mengambil motorsikal beliau sebagai barang kes dan dibawa kebalai tetapi apa yang mengejutkan pada keesokkannya pihak polis mendapati motorsikal tersebut telah berada ditempat dimana kemalangan tersebut berlaku. Setelah mereka membawa kembali motorsikal tersebut ke balai polis perkara yang sama terjadi pada keesokkannya.

Untuk mengelak kejadian tersebut berulang pihak polis telah mengosongkan tangki minyak motorsikal tersebut dan menanggalkan alat gantinya tetapi kejadian tersebut masih berulang.

Oleh kerana kejadian tersebut amat pelik, sebuah kuil telah dibina untuk menghormati motorsikal tersebut yang dinamakan “Bullet Baba’s Temple”. Sesiapa juga para penggembara yang melalui kawasan tersebut akan singgah di kuil tersebut untuk memberi penghormatan bagi mengelakkan perkara buruk memandu semasa memandu.

Penduduk tempatan memberi penghormatan mereka dengan menghiasi motosikal dengan bunga, tudung, dan tali. Kuil ini juga mempunyai imam sendiri.

Pelik Tapi Benar - Berlawan Menggunakan Lampu Kalimantang Sebagai Senjata.

 
Satu sukan pelik di Jepun iaitu berlawan dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai senjata telah diadakan.




Walaupun kandungan didalam lampu kalimantang itu yang diketahui amat berbahaya, tetapi mereka berlawan seolah-olah takde apa........... pelik diaorang ni, sapa-sapa kat Malaysia yang nak cuba silakanlah.