Samada Dia Dah Gila Atau Terpaksa, Doktor Ini Bedah Perutnya Sendiri.

on Sunday, April 28, 2013



Peristiwa ini berlaku pada 30 April 1961 semasa seorang doktor yang berasal daripada Rusia iaitu, Doktor Leonid Rogozov bersama lima orang menyertai satu ekspedisi iaitu Ekspedisi Antartika Soviet dan mendiami Stesyen Novolazarevskaya.

Pada ketika itu Doktor Leonid merasakan dirinya kurang sihat serta mengalami demam dan berasa sakit dibahagian bawah sebelah kanan perutnya. Oleh kerana beliaulah salah satunya doktor di kem tersebut terpaksalah beliau mendiagnosa dirinya sendiri dan mendapati beliau mengalami masalah didalam usus iaitu appendix.

Oleh kerana sukar untuk mendapatkan pesawat didalam kadar segera dan risaukan penyakitnya bertambah parah pada 30 April 1961 Doktor Leonid Rogozov telah melakukan pembedahan terhadap dirinya sendiri dengan dibantu seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang bertugas bersama-sama beliau disitu.


Pembedahan yang memakan masa selama dua jam dan Doktor Leonid Rogozov telah memotong perutnya sepanjang 12 cm dimana dia dapat mengesan penyakit appendixnya.



Selepas lima hari pembedahan, kesihatan Doktor Leonid Rogozov bertambah baik dan selepas tujuh hari beliau telah menanggalkan dawai yang digunakan untuk menjahit perutnya.

Sumber  

Lionel – Budak Berwajah Singa.

 

Beliau mengalami penyakit yang dikenali sebagai hypertrichosis, penyakit genetik yang jarang berlaku. Keseluruhan badan beliau diliputi bulu yang sangat tebal seperti singa, hanya kira-kira 50 kes penyakit itu telah didokumenkan sejak Zaman Pertengahan.

Didalam kes Lionel, bulu setebal enam inci meliputi seluruh tubuhnya, beliau telah ditemui oleh seorang lelaki Jerman bernama Meyer ketika beliau berusia empat tahun dan menjadi terkenal di seluruh Eropah di mana beliau mendapat nama samaran “Lionel - Singa Berupa Manusia.




Walaupun mereka mengelar beliau begitu, namun disebalik bulu yang tebal diseluruh badannya, beliau adalah seorang yang pandai dimana beliau boleh bercakap didalam lima bahasa.

Ikan Yang Mempunyai Gigi Seperti Manusia (Gambar & Video).

Seorang pemuda daripada Florida, Amerika Syarikat telah berjaya menangkap seekor ikan yang mempunyai gigi seperti manusia.


Tak percaya?.......... Jom kita nonton video dibawah :

Mereka Kata Dia Gila Dan Tak Betul, Tapi Teorinya 10 Tahun Dulu Memang Gila Tapi Betul.


Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang matematik dan fizik. Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.

SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.

Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.

Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.

Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.

Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.

Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.

Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.

Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.

Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!

Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.

Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.

STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.

NORUL RIDZUAN Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )

Sumber  

Kambing ‘Dajal’ (Bermata Satu) Gemparkan Penduduk Kampung.


SEEKOR kambing yang baru dilahirkan telah menggemparkan penduduk perkampungan Perundurai, Erode, India kerana kecacatan pada bahagian mukanya. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata. Tuannya, Kandasamy, berkata sepanjang 10 tahun membela kambing ini adalah pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti ini.

Yuxin Xiaolu, Nenek Berusia Satu Tahun.


Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut seperti nenek-nenek. Bayi perempuan bernama “Yuxin Xiaoli” tersebut diyakini menghidap cutis laxa, sebuah kelainan pada jaringan ikat (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang-orang lanjut usia. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lainnya seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.

“Dia kelihatan seperti orang tua. Terakhir saya membawanya ke hospital, semua orang menatapnya seperti alien. Bahkan anak-anak pun menangis histeria,” kata Cao Niu. Keluarga mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana tak ingin anak mereka menjadi bahan ejekan. Namun kerana keadaan Yuxin memburuk akhirnya mereka membawanya ke hospital Zhengzhou, China. Keluarga semakin optimis bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkah Yuxin yang begitu aktif dan cerdas. Yuxin termasuk anak yang cepat tangkap. Sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain di sekitarnya.

Di Kampung Ini Mayat Diletak Dibawah Pokok.


Anda pernah ke Terunyan? Kampung ini menawarkan wisata unik sekaligus menyeramkan, di mana orang yang meninggal di desa itu tidak dikuburkan atau diaben (dibakar) seperti kebanyakan masyarakat Hindu Bali, melainkan ditaruh di bawah pohon besar.

Untuk menjangkau Desa Terunyan yang terletak di Kecamatan Bangli, Kabupaten Bangli, Bali, ini, kita bisa menempuhnya melalui jalur darat. Tapi jalur yang dilalui memacu adrenalin kita. Jalan hanya selebar mobil kita, di samping kanan tebing Gunung Batur, di bagian kiri jalan jurang Danau Batur. Sudah pasti jalan berkelok tajam dan turun naik dengan ketinggian yang curam. Anda harus berhati-hati dan perhatikan kondisi mobil.

Tetapi, untuk menjangkau kuburan Desa Terunyan, Anda harus menggunakan transportasi danau. Jika dari dermaga di depan Desa Terunyan, kita bisa menempuhnya selama 15 menit. Biayanya, jika kita menggunakan kapal boat sebesar Rp480 ribu dan perahu dayung Rp360 ribu. Tapi jika dari Desa Terunyan, jarak tempuh hanya membutuhkan waktu 7 menit untuk sampai di kuburan. Biayanya Rp380 ribu untuk Kapal Boat dan Rp260 ribu untuk perahu dayung.


Kepala Desa Terunyan, Ketut Sutapa (42) menjelaskan, mayat di pekuburan Desa Terunyan mayatnya tidak dikubur, tetapi tidak bau. Di sana, mayat ditaruh di atas gundukan tanah dengan panjang sesuai ukuran tubuh yang meninggal. “Di sisinya dibuatkan selokan atau lobang supaya mayat tidak tergerus oleh air,” kata Sutapa di sela peresmian desa terang hemat energi yang digelar Philips, Minggu 9 Desember 2012.

http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_26877.gif?876715736
Sutapa menjelaskan, ada tiga jenis mayat yang disemayamkan di sana; orang yang dianggap suci, meninggal karena sakit dan sudah berkeluarga. Kendati begitu, anak-anak juga dibuatkan pekuburan khusus.

Sementara itu, kini warga Desa Terunyan sedikit berbahagia. Pasalnya, kini desa mereka yang diapit pegunungan dan melingkari danau kini semakin terang dengan penetrasi lampu Philips ke desa tersebut. “Ada ratusan lampu yang dipasang Philips di sepanjang jalan Desa Terunyan. Sebelumnya tidak ada penerangan di jalan itu,” kata Sutapa.

Marketing Manajer Philips Indonesia, Andika menjelaskan, hal itu dilakukan perusahaannya sebagai wujud tindakan sosial Philips. “Ini bentuk kepedulian sosial kami melalui program CSR. Desa Terunyan adalah desa kedua di Bali setelah satu desa di Karangasem,” kata Andika.

Meski jadi destinasi wisata unik, ekonomi Desa Terunyan sangat rendah. “Oleh karena itu kami berharap terjadi penghematan yang dilakukan oleh masyarakat Desa Terunyan hingga 80 persen. Kami akan mengukurnya tiap 3 bulan sekali melalui tagihan listrik sebelum dan sesudah pemakaian lampu Philips,” kata Andika.

Sumber