TAUM SAUK : EMPANGAN HIDROELEKTRIK PALING UNIK DI DUNIA.

on Wednesday, May 1, 2013


Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik. Ini empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit. Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010.





Sumber  

LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL REAL MADRID VS BORUSSIA DORTMUND


LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL REAL MADRID VS BORUSSIA DORTMUND..Live streaming akan bermula kira-kira jam 2.45 pagi waktu malaysia..selamat menonton

link 1 di sini

link 2 di sini

link 3 di sini

Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri.

on Tuesday, April 30, 2013

 

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.


Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta.

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.



Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan.

Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.

Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

Gabenor Tokyo Minta Maaf Selepas Hina Negara Islam

Gabenor Tokyo, Naoki Inose

TOKYO 30 April - Gabenor Tokyo, Naoki Inose hari ini meminta maaf kepada dunia Islam selepas menyifatkan negara-negara Islam tidak mempunyai sebarang persamaan selain Allah dan `sering bergaduh antara satu sama lain.

Beliau berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan salah faham di kalangan penduduk beragama Islam.

"Justeru, saya meminta maaf, Jika terdapat kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham, ia berlaku kerana salah cara penyampaian kenyataan saya," katanya.

Inose yang mengetuai Tokyo untuk membina Sukan Olimpik 2020, mengeluarkan kenyataan menyatakan negara Islam sedang berperang dan terlalu bersifat hieraki kepada akhbar New York Times.

Kenyataan itu dilihat cuba menghina pesaing Tokyo, Istanbul yang cuba menjadi negara Islam pertama untuk menjadi tuan rumah sukan berkenaan.

Bersih 3.0: Juruteknik cederakan wartawan, polis diperintah bela diri.

 
KUALA LUMPUR 30 April - Seorang juruteknik hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan termasuk mencederakan seorang wartawan stesen TV AlHijrah ketika mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lepas.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd. Safuan Mamat@Nordin, 26, di akhir kes pendakwaan.


Mahkamah menetapkan 14 Jun untuk Mohd. Safuan membela diri selepas peguam Mohd. Fikah Sanusi memaklumkan anak guamnya itu memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.


Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Safuan didakwa merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 3.50 petang, 28 April 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman ketika perhimpunan itu pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV AlHijrah Mohd. Azri Mohd Salleh, 29, pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali telah memanggil 11 saksi untuk memberi keterangan.


Mengusir Jin Didalam Rumah.

gambar hiasan
Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.

Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu', lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.


Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.


Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-caranya boleh anda dapati di ruangan Proses Pengubatan. ( Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan )


Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,


Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya.


atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.


Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar.


Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.


Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya.


Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.


Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit.


Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.



SEBAHAGIAN TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH


1.         Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )

2.         Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai

3.         Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam

4.         Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah

5.         Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.



CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )


Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah


Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-


1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :


Bacaan dibawah ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.



"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :


1.         AL-Fatehah

2.         Ayat Kursi

3.         At-Takathur

4.         Az-Zalzalah

5.         Al-Ikhlas

6.         Al-Falaq

7.         An-Naas


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.


3.) Atau membacakan doa dan ayat ini ke dalam air.



Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.


Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.


Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.


Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.





3 Gambar Rozita Che Wan Di Zaman Muda Mudi




Inilah gambar Rozita Che Wan time kahwin dulu dan pastinya gambar ni akan menjadi gambar yang ‘sungguh ekslusif’ buat korang yang nak sangat nengok gambar kahwin Rozita Che Wan memandangkan gambar kahwin beliau tak pernah diperlihatkan kepada umum

[JOM UNDI] Filem, Hero dan Heroin Terbaik untuk Anugerah Blokbuster! Di Sini

[Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi




Memang cantik dan ayu Rozita Che Wan nie kan sumber