Inilah Negara Yang Paling Digeruni Oleh Tikus. Kenapakah? [9 Gambar]

on Thursday, May 9, 2013



Inilah Negara Yang Paling Digeruni Oleh Tikus. Kenapakah? [9 Gambar] | Gambar-Gambar di bawah ini memaparkan tentang potret penduduk Vietnam yang memburu dan menjual tikus di pasaran.

Dalam posting saya sebelum ini saya sudah tuliskan juga tentang hal serupa iaitu bahawa di negara tersebut Tikus Ditangkap Dan Di masak Sebagai Lauk.

Setiap malam penduduk tempatan melakukakan perburuan binatang pengerat ini di tumpukan sampah bandar, setelah itu tikus di hilangkan bulunya dengan cara di bakar dengan api.

Setelah tikus di bersihkan dari sisa abu yang melekat di tubuhnya kemudian mereka menjualnya ke pasaran.

Menjijikkan memang kalau di lihat dengan kacamata orang Malaysia yang tidak lazim dengan kebiasaan makan daging tikus, apatah lagi penduduk Malaysia yang majoriti penduduknya Muslim.

Namun begitulah kenyataannya di Vietnam tikus di makan seperti halnya orang Malaysia memakan daging ayam.

Apa yang kelihatannya buruk di suatu kawasan / negara boleh jadi hal tersebut adalah perkara baik di daerah / negara lain.Saling menghargai atas kebiasaan yang berbeza adalah hal terbaik untuk mengelakkan perselisihan. SUMBER









Kuasa Allah - Kambing Ini Mampu Berkokok Seperti Ayam [Video]




Kuasa Allah - Kambing Ini Mampu Berkokok Seperti Ayam [Video] | Katrina Dufrene mungkin satu-satunya pemilik kambing yang paling bertuah di dunia. Kerana kambing kepunyaanya bukan kambing biasa, Jika kambing biasanya mengembik, tetapi kambing Katrina Dufrene pula berkokok seperti ayam pelik bukan ?

Bukan sekadar berkokok, kambing Katrina Dufrene juga mempunyai suara seperti ayam. Kok kok kok petoookkkk, itulah suara yang terdengar dalam video yang dimuatnaik di Youtube. 

Dalam video tersebut, kelihata kambing ini begitu manja seperti tidak mahu berpisah dengan pemiliknya sambil bersuara seperti ayam, kok kok kok petoooookkk, dan tidak mengembik seperti kambing normal. Mungkin Kambing dalam video tersebut menyangka dirinya adalah seekor ayam.

Video Katrina Dufrene yang bertajuk ‘Goat think’s it’s a chicken’ ini telah dimuatnaik pada 30 Januari 2013 lalu. Hingga hari ini telah dilihat ratusan ribu orang yang tertarik dan pelik dengan perangai kambing ini. SUMBER

[6 Gambar] Inilah Cara Bagaimana Pengemis Licik Membuat Luka Palsu




Inilah Cara Bagaimana Pengemis Licik Membuat Luka Palsu [6 Gambar] | Kadangkala melihat pengemis di tepi jalan, terlihat mereka dengan luka-luka yang nampak agak teruk. Tak tahu juga bagaimana mereka mendapat luka tersebut, tetapi yang nyata, bila kita melihat keadaan begitu kita mudah berasa simpati. 

Dan simpati inilah yang dipancing oleh pihak yang mengambil kesempatan, malas berusaha sebaliknya mempergunakan simpati orang ramai untuk mengaut untung. Buat pengetahuan anda, dengan sedikit bahan seperti gam dan kosmetik, agak mudah juga menghasilkan luka palsu.

Macam-macam cara dibuat oleh orang untuk mencari rezeki mudah. Semoga kita dijauhkan dari gejala ini. SUMBER





Gambar Siti Nurhaliza Mengundi Sempena PRU13


Gambar Siti Nurhaliza ketika mengundi sempena PRU13. Seorang artis yang paling terkenal di Malaysia ini turut mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Syabas kepada Siti yang sempat menghadirkan diri ketika PRU13. Kehadiran Siti dihari mengundi turut menjadi tumpuan ramai. Turut hadir adalah Siti dan juga ahli keluarganya.

Siti Nurhaliza Pergi Mengundi PRU13-2
Siti Nurhaliza Pergi Mengundi PRU13-1

SUMBER

Penjelasan Sakinah Bakal Jadi Isteri Kedua Ashraf Muslim


Penjelasan Sakinah mengenai bakal jadi isteri kedua Ashraf Muslim. Sebelum ni, Asraf sudah pun mempunyai seorang isteri yang bernama Dayana. Namun, kenyataan Ashraf untuk mempunyai isteri kedua itu telah menjadi isu hangat dilaman sosial. Pada masa yang sama, Dayana isteri Ashraf sentiasa akur dan menerima isteri kedua Ashraf dengan hati yang terbuka.

sakinah

Penjelasan Sakinah Bakal Isteri Baru Ashraf Muslim
Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.
Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini dihebohkan di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap tentang perkara ini adalah Asyraf sendiri.

Dakwaan Punca Ashraf Muslim Mahu Isteri Kedua
Susulan dengan dakwaan itu, timbul cerita mengatakan punca tindakan Asyraf mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Perkahwinan Ashraf dan anak pengasas pusat perubatan Islam Al-Hidayah, Dayana sudah memasuki tahun ketiga. Mereka bernikah pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah. SUMBER

(GAMBAR) Lebih 50,000 Hadir Ke Himpunan Pakatan Di Kelana Jaya

Perhimpunan di Stadium Kelana Jaya malam ini menarik kehadiran puluhan ribu orang selepas pilihan raya umum Ahad lalu yang membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.


Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.
Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.
Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan. SUMBER

Allahu Rabbi - Kisah Benar Balasan Serta Merta Oleh Allah



Allahu Rabbi - Kisah Benar Balasan Serta Merta Oleh Allah | Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, anda digalakan membaca serta menghayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir.

Semoga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Insyaallah....

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

"Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini. SUMBER