Penjelasan Sakinah mengenai bakal jadi isteri kedua Ashraf Muslim. Sebelum ni, Asraf sudah pun mempunyai seorang isteri yang bernama Dayana. Namun, kenyataan Ashraf untuk mempunyai isteri kedua itu telah menjadi isu hangat dilaman sosial. Pada masa yang sama, Dayana isteri Ashraf sentiasa akur dan menerima isteri kedua Ashraf dengan hati yang terbuka.
Penjelasan Sakinah Bakal Isteri Baru Ashraf Muslim
Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.
Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini dihebohkan di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap tentang perkara ini adalah Asyraf sendiri.
Dakwaan Punca Ashraf Muslim Mahu Isteri Kedua
Susulan dengan dakwaan itu, timbul cerita mengatakan punca tindakan Asyraf mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Perkahwinan Ashraf dan anak pengasas pusat perubatan Islam Al-Hidayah, Dayana sudah memasuki tahun ketiga. Mereka bernikah pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah. SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment