Imej Bertudung, Siti Saleha Harap Peminat Tak Keliru

on Wednesday, May 29, 2013

Saat dia muncul majlis pelancaran Serlahkan Keyakinanmu Bersama Kotex@ Member-Ku Hawa petang semalam, banyak mata tertumpu pada aktres cantik nan sorang ini. Ya, Siti Saleha tampil dengan imej bertudung. Manis sungguh, kan? Namun imejnya ini bukanlah imej kekal tetapi ia merupakan watak yang dibawa dalam drama khas musim kedua bagi jenama produk tuala wanita itu. Dia bersama pelakon Nad Zainal telah dilantik sebagai duta Kotex 2013.

Teruja dengan tanggungjawabnya sebagai duta jenama bagi penjagaan wanita no.1 di Malaysia itu, dalam masa sama gadis berusia 23 tahun ini berharap peminat dan orang ramai tidak memberi tanggapan negatif atau keliru sekiranya melihat dia tampil dengan tidak bertudung dan ada ketikanya bertudung.
“Saya tiada masalah bertudung. Sebelum ni pun saya pernah bawa watak bertudung. Saya dah biasa sebab masa sekolah dulu pun saya pakai tudung. Jadi bila dapat watak dalam drama ni dan memerlukan saya bertudung, saya okay. Saya tak merungut.
“Imej ni sebagai memenuhi tanggungjawab saya sebagai duta. Tapi tak semestinya saya perlu pakai tudung selalu. Dalam kontrak pun tak tertulis begitu. Saya harap peminat dan orang ramai tak anggap yang bukan-bukan kalau dalam drama Member-Ku Hawa saya bertudung tapi di luar tidak. Malah baru-baru ini saya ada mengkuti promosi dan ketika itu saya tidak bertudung, tetapi peminat okay dengan penampilan saya. Sebagai duta, target saya adalah menjadi inspirasi kepada para remaja wanita”, katanya kepada Malaysian Digest.com.
Dalam musim terbaru, Member-Ku Hawa mengekalkan lakonan Nad Zainal sebagi Kay, sementara Siti Saleha menghidupkan watak Nur Hawa. Drama 10 episod ini bakal bersiaraan bermula 5 Jun 2013, pada jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dengan siaran ulangan setiap Ahad, jam 6.3 petang.
Member-Ku Hawa menyelami cabaran hidup Kay, Nur Hawa dan kawan-kawan mereka tatkala mereka berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif yang kental dan teguh dengan pendirian mereka. Selain turut mengetengahkan kepentingan jalinan persahabatan serta diselitkan dengan jenaka.
Berkongsi pengalaman digandingkan bersama Nad, Siti Saleha berkata dia seronok apatahlagi mereka berdua mudah serasi walaupun ini pertama kali mereka berkerjasama. Tidak hanya di set penggambaran malah di luar set pun katanya, persahabatan dia dan Nad menjadi erat sejak menjayakan drama tersebut.
“Seronok kerja dengan Nad. Kami tiada masalah di set. Nad seorang yang kelakar. Kami seolah-olah macam dah lima tahun kenal sedangkan ni pertama kali kami berlakon bersama. Drama ni pun banyak berkaitan dengan kehidupan harian kita”,
“Nur Hawa, seorang gadis kampung yang sederhana tetapi berkeyakinan, sentiasa berfikiran positif dan dia terpaksa memperlajari hakikat kehidupan dengan cepat”, ujarnya sambil tersenyum.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment