Gila Atau bangang? Laki Ini Sanggup Bakar Diri Kerana.... | NEW DELHI – Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.
Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.
Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.
Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet. – AFP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment