Kejam - Hukuman Mati di China (18SG).

on Thursday, May 23, 2013

 

Hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah dan penjenayah di China cukup-cukup kejam, tetapi tiada yang menghairankan bagi masyarakat di China. Gambar di atas ini menunjukkan salah satu jenis hukuman mati iaitu tembak yang dikenakan kepada pesalah-pesalah di China.


Hukuman mati ini dijalankan pada waktu pagi dan melibatkan 68 jenis jenayah antaranya membunuh, mengedar dadah, rogol, terlibat dalam sendiket pelacuran, mencuri secara tegar, mencuri & menyeludup khazanah negara, mengedarkan bahan lucah, sendiket wang palsu, pemalsuan dokumen perniagaan, RASUAH, penyeludupan barang-barang larangan termasuklah penyeludupan beruang panda.


Semasa kempen “Strike hard” terhadap jenayah di China pada tahun 2001, Majlis Pengampunan Antarabangsa merekodkan 1,781 kes pengorbanan secara tembakan ini. Rekod ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan kes seluruh dunia.


China tidak mengumumkan statistik hukuman mati yang dijalankan di sana ini kerana ia adalah rahsia negara China.


Hukuman mati ini akan serta merta dilaksanakan setelah hukuman dijatuhkan dan keluarga pesalah membayar kos peluru.


Tangan pesalah akan diikat ke belakang dan mereka akan melutut sebelum menerima 1 das tembakan pada jarak dekat di bahagian belakang kepada ataupun leher oleh tentera ataupun polis yang ditugaskan. Selain itu, para pelaksana hukuman boleh juga menembak pesalah pada bahagian jantung menggunakan senjata automatik.



Undang-undang China tidak menyatakan secara spesifik tempat hukuman dijalankan dan kebiasaannya dilakukan di dalam kawasan tentera dan juga kawasan bukit. Pesalah akan dibawa menaiki lori dari stadium sukan tempat mereka diumumkan bersalah.


Hukuman mati seperti ini tidak dijalankan di dalam penjara kerana ia disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan bagi pesalah lain yang mendengar bunyi tembakan tersebut.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment