Betapa besarnya kuasa Allah yang boleh menghidup dan mematikan manusia. Siapa sangka Janin yang baru saja berusia 15 minggu (105 hari) mampu hidup sehingga boleh di panggil bayi. Bayangkanlah jika manusia menggugurkan bayi pada usia janin itu 15 minggu sudah pasti bayi itu masih bernyawa.
Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?.
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”.
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?.
Hidup dan mati adalah ketentuan Illahi jadi kita seharusnya berdoa agar dipanjangkan umur. Daripada janin, manusia cuba untuk menyelamatkan nyawa bayi tetapi mengapa ada diantara kita sanggup menggugurkan kandungan sedangkan mereka tahu janin mereka sudah mempunyai nyawa. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari kejadian ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment