BEIJING – Seorang bayi lelaki di China yang diselamatkan dari paip kumbahan telah keluar dari hospital semalam.
Bayi itu diselamatkan selepas tersekat di paip kumbahan sebesar 10 sentimeter Sabtu lalu.
Ibunya yang berusia 22 tahun berkata, bayinya terjatuh dalam tandas dan tersekat di dalam lubang tandas ketika dilahirkan.
Polis pada mulanya menganggap kes itu sebagai cubaan bunuh berdasarkan keadaan bayi itu yang berada di paip kumbahan. Tetapi menurut polis, tiada sebarang bukti menunjukkan ia merupakan cubaan bunuh.
“Kes ini merupakan satu kemalangan. Bayi itu sudah keluar hospital dan diambil oleh datuk dan neneknya.
“Dia kini berada dalam keadaan stabil,” kata pegawai dari daerah Pujian. (SINAR HARIAN)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment