Inilah Dia 10 Wanita Terkejam Didunia

on Wednesday, May 15, 2013


1. Jiang Qing 1914 – 1991


Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

2. Elizabeth I of England 1533 – 1603



Korban : ribuan orang

Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.

3. Elena Ceauşescu 1916 – 1989



Korban : penghapusan etnik

Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

4. Phoolan Devi 1963 – 2001



Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.

5. Rosemary West 1953


Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842


Korban : 10 org lebih

LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

7. Marybeth Tinning 1942


Korban : 9 org

Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.


8. Dorothea Puente 1929



Korban : 9 org

Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

9. Karla Homolka 1970


Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)

Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies

10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895


Korban: 3 org

Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand. SUMBER

Kisah Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya [Menyentuh Hati]



Kisah Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya [Menyentuh Hati] | Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati dan kisah sedih tentang bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya.

Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.

James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.

James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.

Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.

Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen

Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.

~ Kasih sayang dan kesetiaan sesama makhluk Allah :)  SUMBER


Sadis! Wanita Ini Sanggup Bunuh Dan Simpan Anaknya Dalam Peti Sejuk Selama 3 Tahun



Fuh Sadis! Wanita Ini Sanggup Bunuh Dan Simpan Anaknya Dalam Peti Sejuk Selama 3 Tahun | Renee Bowman (44) Seorang wanita dari Maryland Amerika Syarikat telah dihukum kerana membunuh dua anak perempuan yang ikemudiannya dipotong-potong lalu menyimpan tubuh mereka di dalam peti sejuk dan memindahkan mayat tersebut dari rumah ke rumah.

Renee Bowman dinyatakan bersalah atas dua tuntutan pembunuhan tingkat pertama dan tiga tuntutan tingkat pertama atas kes kekerasan terhadap anak.

Kedua mayat ditemukan di dalampeti sejuk di rumahnya di Lusby pada bulan September 2008 sementara anak ketiga berhasil melarikan diri.

Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana rupa dua anak perempuan, yang ketika ini berusia 11 tahun dan 12 tahun jika mereka masih hidup.

Bowman telah pindah rumah tiga kali dalam tiga tahun terakhir sambil membawa peti sejuk besar bersama dua mayat gadis kecil tersebut di dalamnya.

Kejahatan Renee Bowman terbongkar ketika gadis yang masih hidup ditemukan, berusia tujuh tahun dengan keadaan setengah telanjang dan berlumuran darah setelah melarikan diri dari rumah Bowman.

Ketika polis membongkar rumah Bowman di dalam peti sejuknya ditemukan tubuh mangsa yang telah membeku iaitu Minnet, yang tertua, dan Jasmine.

Bowman sebelumnya telah menerima subsidi untuk semua tiga anak dari Distrik Columbia,

Bowman telah mengaku bersalah telah menyalahgunakan anak gadis yang selamat dan dijatuhi hukuman 25 tahun penjara dalam kes itu.

Gadis yang kini berusia 9 tahun dan tinggal bersama ibubapa angkat menjadi, saksi dalam sidang pembunuhan di pengadilan itu.

Renee Bowman didapati bersalah oleh pengadilan dan layak mendapat hukuman atas perbuatannya tersebut. Jaksa mengatakan mereka akan meminta penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat.

sumber : http://www.dakdem.com

Inilah Lelaki Yang Dikatakan Penembak Tepat (Sniper) Paling Handal Di USA



Inilah Lelaki Yang Dikatakan Penembak Tepat (Sniper) Paling Handal Di USA | Dengan 255 confirmed kills, Chris Kyle ialah penembak curi terbaik dalam sejarah ketenteraan Amerika. Chris yang bertugas sebagai penembak curi untuk pasukan Navy Seals memecahkan rekod yang dipegang Army Staff Sgt. Adelbert F. Waldron ketika perang Vietnam dengan 109 confirmed kill. Chris Kyle mendapat kesemua kills ketika bertugas di Iraq. Secara keseluruhan beliau sudah bertugas sebanyak 4 tour di negara bekas pimpinan Saddam Hussein ini.

Menurut Chris yang berasal dari Texas beliau sudah mula menembak sejak kecil. Senjata kegemaran beliau ketika membesar ialah sebuah shotgun. Apabila memasuki tentera beliau dipilih menjadi seorang sniper elit pasukan SEAL. Jika dulu beliau suka shotgun kini beliau menggunakan raifal Lapua Magnum.

Mangsa pertama beliau di Iraq ialah seorang wanita yang cuba melakukan serangan berani mati. Beliau menambak mati wanita itu sebelum bom tangan didalam genggamannya dapat diletupkan. Chris is so good at his job of sniping that he was nicknamed Al-Shaitan Ramad , Si Setan Ramadi kerana kehebatan beliau menembak curi para pejuang kebebasan Iraq di daerah Ramadi. Wang ganjaran USD 20 000 juga ditawarkan kepada mana-mana pejuang Iraq yang berjaya membunuh beliau.

Beliau sudah bersara dari tentera Amerika dan kini bertugas sebagai seorang military contractor yang memberikan kawalan peribadi kepada VIP. There you go.


Kepada pahlawan-pahlawan dan panglima perang songkok tinggi silakan ke USA sekarang, Chris Kyle masih tinggal di Texas dan menantikan anda ludah muka dia pasal membunuh lebih 200 pejuang kebebasan Iraq secara bersahaja. Diharap abang songkok yang power gila babi bertakbir dan mempertahankan maruah agama akan dapat mengajar mat salleh kurang ajar ini sebaik mungkin. SUMBER

Suami Toreh Kemaluan Isteri Hasutan Bisikan Jin



Suami Toreh Kemaluan Isteri Hasutan Bisikan Jin | Aku terkejut gak dengar perkara ni. Suami toreh kemaluan isteri? Katanya disebabkan dia mendapat satu bisikan dari makhluk halus supaya mencederakan isterinya. Kasihan sang isteri, sedang asyik-asyik memasak makanan tengahari untuk suami tercinta, tiba-tiba diperlakukan sebegitu. MasyaAllah. Ingatkan nak bermesra-mesra, rupa-rupanya bertoreh-toreh pulak.
Aku rasa ni sebuah lagi kes penyakit psizo atau psikik atau tekanan mental. Memang ada istilah atau tanda-tanda penyakit ini terdapat dalam buku-buku perubatan dan ini juga bukan perkara pelik. Tak sangka, rakyat Malaysia secara amnya, dah banyak yang terkena penyakit mental ni ya. Dahulu kes bunuh ahli keluarga di Johor. Sekarang ni kes toreh-toreh kemaluan pulak. Nasib baik tidak mati kan. Ini merupakan satu jenayah rumah tangga tetapi akhirnya suami akan terlepas selepas disabit kesalahan kerana apa? Kerana dia gila.
MELAKA: Kononnya kerana terdengar ‘bisikan jin’ yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak hidangan tengah hari di dapur rumah mereka di Bertam Ulu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai memeluk isterinya yang juga seorang jururawat dari belakang sebelum mencederakan bahagian sulit wanita itu menggunakan pisau.
Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas timbul perasaan cemburu selepas dikatakan diberitahu jin dalam rumahnya bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lalu menoreh kemaluan wanita berkenaan. Lelaki terbabit yang mendakwa menerima arahan makhluk halus terbabit supaya bertindak demikian, sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya terus berada di dalam rumah berkenaan, malah memberi bantuan kepada isterinya yang mengerang kesakitan akibat cedera pada bahagian sulitnya.
Dalam keadaan kesakitan itu, wanita berkenaan menghubungi Hospital Melaka (HM) bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan enggan dibantu suaminya kerana takut perlakuan luar batasan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa berusia 30-an yang parah dikejarkan ke HM dengan ambulans. Katanya, suami mangsa diberkas sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh mangsa.
“Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya murung serta meracau ketika ditahan. Malah, lelaki terbabit mengakui melakukan perbuatan itu serta menunjukkan pisau yang digunakannya kepada anggota polis sebelum senjata itu dirampas untuk siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro Online

Digigit Anjing Jenis Pitbull..Sebahagian Wajah Lelaki Ini Hancur

on Tuesday, May 14, 2013

Gambar ini mungkin akan sangat mengganggu fikiran anda, saya juga tidak tahu kejadiannya dimana. Namun sumber dari gambar ini mengatakan bahawa orang ini adalah merupakan mangsa gigitan anjing pittbull yang selamat walaupun cedera parah dan separuh mukanya hilang, beruntung nyawanya selamat. Walaupun sumber maklumat gambar-gambar ini juga memberikan maklumat tambahan bahawa orang ini adalah orang yang gagal bunuh diri.

Gambar ini sangat mengerikan, bagi anda yang sensitif terhadap gambar-gambar orang cedera parah lebih baik jangan melihat gambar-gambar ini.












FREE INTERNET TERBARU 2013 MAXIS DAN CELCOM



FREE INTERNET TERBARU 2013 MAXIS DAN CELCOM | Salam semua.pasti ramai yang tercari-cari trick untuk internet free ini kan,terutama mereka yang obses dengan facebook atau pun twitter..hehe..untuk membuatkan telepon anda free of charge internet sememangnya bukan mudah dan mustahil ada caranya.tapi oleh kerana zaman sekarang ini semakin lama semakin canggih maka jalan atau trick untuk membuatkan internet menjadi free of charge tidak mustahil lagi.

Saya bukan nak ajar anda untuk menipu atau curi laluan tapi ini adalah secara kebetulan sahaja kerana sistem dari server rangkaian yang kita guna seperti celcom dan maxis telah di modify kan kepada satu jalan singkat tanpa membuat bayaran tapi harus diingat kerana sistem server rangkaian dari celcom atau maxis akan sentiasa berupdate jadi selepas sistem mereka terupdate maka jalan singkat untuk free internet juga sudah tidak boleh diguna.

Oleh itu,disini saya ada sedikit trick free internet buat anda semua yang terkini dan saya pun tak tahu lagi adakah cara ini masih boleh diguna ataupun tidak kerana sehingga kini henfone saya masih lagi free internet.lihat cara di bawah ini.

FREE INTERNET 2013 TERBARU MAXIS :
Pertama anda perlu download opera mini 5 final disini opera download
Lepas tu set up kan setting opera tersebut seperti dibawah ini.
Frontquery: m.twitter.com.server4.operamini.com:80/
Remove port: Tandakan [x]
Proxy server: m.twitter.com
Connection: Maxis 3g Wap
Frontquery: maxis.mobby.me.server4.operamini.com:80/­http/
Remove port: Tandakan [x]
Proxy type: Http
Proxy server: maxis.mobby.me
Connection: Maxis 3g Wap
Dan save setting anda.jangan lupa untuk meminta setting internet dan mms dari maxis.kalau tak tahu minta ikut cara di bawah ini:
Taip 3GWAP jenama hp model hp(Cth:3GWAP NOKIA N5300) pastu hantar ke 22333.
Atau,korang dail *100#→Internet dan Tetapan→Tetapan→Tetapan→lepastu pilihlah model handphone anda.

FREE INTERNET 2013 TERBARU CELCOM:
Pertama anda perlu download opera mini 5 final disini.
Lepas tu set up kan setting .
masukkan segala kotak kosong seperti dibawah ini:
pR0xy: 141.0.11.253
port: 80
http://mms.celcom.net.my:0080//../mini5beta.opera-mini.net:8
socket://mms.celcom.net.my:0080//../mini5beta.opera-mini.net:1080
proksi type : httpproksi
server: mms.celcom.net.my:0080//
Untuk mendapatkan setting internet dan mms celcom,anda hanya perlu Taip SET dan hantar ke 20999.
CLEAR!?..
Jika tak faham lagi sila baca betul-betul dan follow up betul-betul ye.sebab saya tidak akan menjawab sebarang soalan lagi pun cara ini belum tentu masih boleh lagi ke tidak…selamat mencuba..