Fuh Sadis! Wanita Ini Sanggup Bunuh Dan Simpan Anaknya Dalam Peti Sejuk Selama 3 Tahun | Renee Bowman (44) Seorang wanita dari Maryland Amerika Syarikat telah dihukum kerana membunuh dua anak perempuan yang ikemudiannya dipotong-potong lalu menyimpan tubuh mereka di dalam peti sejuk dan memindahkan mayat tersebut dari rumah ke rumah.
Renee Bowman dinyatakan bersalah atas dua tuntutan pembunuhan tingkat pertama dan tiga tuntutan tingkat pertama atas kes kekerasan terhadap anak.
Kedua mayat ditemukan di dalampeti sejuk di rumahnya di Lusby pada bulan September 2008 sementara anak ketiga berhasil melarikan diri.
Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana rupa dua anak perempuan, yang ketika ini berusia 11 tahun dan 12 tahun jika mereka masih hidup.
Bowman telah pindah rumah tiga kali dalam tiga tahun terakhir sambil membawa peti sejuk besar bersama dua mayat gadis kecil tersebut di dalamnya.
Kejahatan Renee Bowman terbongkar ketika gadis yang masih hidup ditemukan, berusia tujuh tahun dengan keadaan setengah telanjang dan berlumuran darah setelah melarikan diri dari rumah Bowman.
Ketika polis membongkar rumah Bowman di dalam peti sejuknya ditemukan tubuh mangsa yang telah membeku iaitu Minnet, yang tertua, dan Jasmine.
Bowman sebelumnya telah menerima subsidi untuk semua tiga anak dari Distrik Columbia,
Bowman telah mengaku bersalah telah menyalahgunakan anak gadis yang selamat dan dijatuhi hukuman 25 tahun penjara dalam kes itu.
Gadis yang kini berusia 9 tahun dan tinggal bersama ibubapa angkat menjadi, saksi dalam sidang pembunuhan di pengadilan itu.
Renee Bowman didapati bersalah oleh pengadilan dan layak mendapat hukuman atas perbuatannya tersebut. Jaksa mengatakan mereka akan meminta penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat.
sumber : http://www.dakdem.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment