Ajaib! 5 Hari Dalam Sarang Buaya, Budak Ini Ditemui Masih Hidup

on Tuesday, May 21, 2013



Ajaib! 5 Hari Dalam Sarang Buaya, Budak Ini Ditemui Masih Hidup | WINTER SPRINGS — Nadia Bloom, gadis berusia 11 tahun yang menderita sindrom Asperger (salah satu gejala autisme), ditemukan masih hidup setelah lima hari "terbenam" sendirian di sebuah paya yang dipenuhi buaya di Florida, Amerika Syarikat.

Telegraph, melaporkan, gadis itu terakhir dilihat menaiki basikal dan pergi ke dalam hutan untuk membuat rakaman video alam semulajadi. Kevin Brunelle, ketua polis di Winter Springs, Florida mengatakan, gadis remaja itu menderita gigitan nyamuk, dehidrasi serta lapar tetapi dia "baik-baik saja". "Saya tidak pernah percaya pada keajaiban tetapi kini saya mempercayainya," kata Brunelle.

Nadia terbenam di paya sehingga ke paras pinggang ketika ditemukan. Kepada pasukan penyelamat, dia mengatakan, "Saya gembira kalian menjumpai saya. Saya tidak percaya kalian menyelamatkan saya."

Pihak berkuasa telah mencari Nadia di daerah berhutan itu dengan menggunakan peralatan radar pengesan haba, helikopter, anjing pengesan dan pasukan selam. Sukarelawan juga telah cuba menjejakinya di kawasan itu. Mereka menggunakan parang untuk memotong belukar.

Ayah gadis itu, Jeff Bloom, mengatakan, "Kami dilimpahi oleh doa semua orang. Semua orang di seluruh negara berdoa."

Nadia ditemukan James King, seorang anggota Gereja di Metro Winter Springs. Keluarga Bloom juga merupakan jemaah gereja itu. King mengatakan, "Tuhan telah mengarahkan saya terus kepadanya (Nadia) kerana saya berdoa."

Gadis itu kemudian dibawa ke rumah sakit dan kini sedang dirawat kerana gigitan nyamuk tetapi dalam keadaan yang stabil. SUMBER


Tahukah Anda Bukan Sahaja Manusia, Tikus Juga Ada Kelompok Gay



Tahukah Anda Bukan Sahaja Manusia, Tikus Juga Ada Kelompok Gay | Sila perhatikan kecenderungan tikus anda jika anda seorang penggemar haiwan peliharaan bernama tikus..Penelitian yang dilakukan ilmuwan China menunjukkan hormon yang berpengaruh pada sebahagian tikus ternyata berkait rapat dengan orientasi seksual.

Kajian yang diterbitkan di majalah jurnal Nature itu menemui satu kesimpulan bahawa tikus jantan yang berkembang dengan otak tanpa hormon serotonin ternyata kehilangan ghairah terhadap tikus betina.Keadaan yang sama juga terjadi pada tikus yang tidak memiliki gen tryptophan hydroxylase. Kedua hormon ini berkait rapat dengan perasaan bahagia pada diri mamalia.

“Inilah pengetahuan pertama yang menunjukkan bahawa neurotransmitter di otak memiliki peranan penting terhadap kesanggupan atau kecederungan tarikan seksual mamalia,” tulis laporan yang dikutip dari BBC ini.

Ilmuwan menemukan tikus jantan yang duduk dalam kelompok tikus kekurangan hormon serotonin cenderung untuk mengejar tikus jantan lain. Mereka juga melakukan beberapa tindakan yang menunjukkan keinginan untuk aktiviti seksual.

“Kami telah menggunakan obat-obatan psikoaktif untuk meningkatkan dan menurunkan fungsi serotin. Meskipun ini terkait pada gairah seksual, impulsif dan agresif pada manusia, namun didapati belum ada kesan pada keinginan seksual,” ujar ahli saraf dari Babraham Institute, Cambridge.

Meskipun begitu, penelitian itu belum tentu berkait rapat dengan kecenderungan seksual pada manusia.

SUMBER: BBC

7 Mitos Berjaya Dirungkai Yang Perlu Anda Tahu!



1. Tidak ada graviti di luar angkasa

Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%. 

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali

Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun. 

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera

Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah

Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut. 

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan

Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat

Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa

Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.



Mesti Baca! Bahaya Semut Charlie [Hati-Hati!]



Bahaya Semut Charlie [Hati-Hati!]

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.


Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat dan Tabiat Makanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akanberhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat Kepada Penduduk Yg Dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.



Kisah Air Asia Yang Tidak Berperikemanusiaan Meninggalkan Izan Dan Maryam Di Vietnam



Kisah Air Asia Yang Tidak Berperikemanusiaan Meninggalkan Izan Dan Maryam Di Vietnam | Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang 
pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu Malaysia. 



Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.

"Ada masalah apa puan?" 


"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.

"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.


Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan. 

Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.

"So, all twelve had to stay then ," balasnya.

"I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," balas saya.

Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam. 


"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.

Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.


"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.


Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.

Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.

Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.

"The captain doesn't allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.

Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.

Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi. 



"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan," kata saya spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.

Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.





Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.

Saya berasa amat kagum.

Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator. 


Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.


Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.


Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.

Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit. 

Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu ... 


"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia"

Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan. 

Saya bukan Richard Branson and I don't wear skirt.



Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit. 

Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans

Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang. 


Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.


Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya. 

"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.

Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi. 

"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.

"Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.


"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi.

Kapten bertugas, Ariffin Bakar.

Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.

Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.

"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan. 


"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.

"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan itu.

"Tidak," balasnya ringkas. 


"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.

Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini? 


Perkembangan kes ini bakal saya kongsikan bersama semua, kelak.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL

Dipetik Dari MazidulAkmal

Lagi berita dan cerita berkaitan dari sumber lain MazidulAkmalUtusanAgendaDaily

Inilah Lelaki Yang Mempunyai Wajah Yang Betul-Betul Mirip Dengan David Beckam


Nama: Andy Harmer
Umur: 30
Tgl Lahir: 2 Februari
Warna Favorit: Biru
Buku Favorit: Angels and Demons
Film Favorit: The Butterfly Effect
Makanan Favorit: Kari
Ayat Favorit: I saw the Angel in the marble and carved till she was free.







Inilah Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng The Masked Magician

on Monday, May 20, 2013

itu lah, ahli silap mata bertopeng yg paling dibenci ama pesulap lain. kenapa? kerana dia membongkar habis "an helah" besar maupun trik sederhana. Berikut tabekpuang mahu membongkar siapa lelaki dibalik topeng tersebut



bukan yang ini bro. gambar ini adalah Harry Anderson, ahli silap mata juga. Dialah yang pertama mendedahkan siapa lelaki dibalik topeng misteri tersebut

 namanya Val Valentino . (lahir 14 Jun 1956), seorang ahli silap mata Bertopeng yang meraih kemasyhuran dengan membintangi empat khusus membongkar rahsia silap mata sihir di Rangkaian Fox, dengan menggunakan nama panggung Masked Magician.

Valentino dilirik oleh FOX, saat ia tampil di Las Vegas. Setelah rundingan. Valentino menandatangani kontrak untuk melakukan penggambaran, dan berjanji bahawa ia hanya akan mendedahkan rahsia di balik ilusi tua. Namun, ketika program ditayangkan, ilusi banyak yang lebih baru juga terungkap. Hal ini mencetuskan kontroversi, kerana banyak ahli silap mata lain yang merasa dirugikan.

valintino juga bukan ahli silap mata yang handal, dia tidak pernah menciptakan silap mata "yang baru.

Untuk kurun waktu dua tahun (sekitar 1996-1998), Val dikenali sebagai Masked Magician dan khusus yang kemudian membintangi acara magic biggest secret finally revealed? Tidak jelas apa yang menyebabkan dia untuk melakukannya, tapi Val "bersara" setelah empat tawaran khusus dan mendedahkan identitinya kepada awam.

Selepas bersara, Val memutuskan untuk cuba peruntungan di luar negeri dan berangkat ke Brazil, di mana popularitinya meroket. Masked Magician mania mengambil kesempatan sebagai barang bantalan wajah "Mister M" (seperti mereka memanggilnya ada) terbang dari rak-rak dan rating televisyen pergi melalui bumbung saat ribuan orang menantikan untuk mengawasinya setiap pagi Sabtu.

Dari Brazil, Val pergi ke Jepun, di mana ia diterima dengan cara yang sama.

sebenarnya tujuan pesulap ini terbilang bagus juga gan. tujuannya yaitu memberikan maklumat anak "untuk belajar mata dan agar pesulap lebih kreatif " saja. misalnya berdiri di dalam ais slama berjam ", ramalan", dll. sudah saatnya penonton menginginkan sesuatu yang baru