Ajaib! 5 Hari Dalam Sarang Buaya, Budak Ini Ditemui Masih Hidup | WINTER SPRINGS — Nadia Bloom, gadis berusia 11 tahun yang menderita sindrom Asperger (salah satu gejala autisme), ditemukan masih hidup setelah lima hari "terbenam" sendirian di sebuah paya yang dipenuhi buaya di Florida, Amerika Syarikat.
Nadia terbenam di paya sehingga ke paras pinggang ketika ditemukan. Kepada pasukan penyelamat, dia mengatakan, "Saya gembira kalian menjumpai saya. Saya tidak percaya kalian menyelamatkan saya."
Pihak berkuasa telah mencari Nadia di daerah berhutan itu dengan menggunakan peralatan radar pengesan haba, helikopter, anjing pengesan dan pasukan selam. Sukarelawan juga telah cuba menjejakinya di kawasan itu. Mereka menggunakan parang untuk memotong belukar.
Ayah gadis itu, Jeff Bloom, mengatakan, "Kami dilimpahi oleh doa semua orang. Semua orang di seluruh negara berdoa."
Nadia ditemukan James King, seorang anggota Gereja di Metro Winter Springs. Keluarga Bloom juga merupakan jemaah gereja itu. King mengatakan, "Tuhan telah mengarahkan saya terus kepadanya (Nadia) kerana saya berdoa."
Gadis itu kemudian dibawa ke rumah sakit dan kini sedang dirawat kerana gigitan nyamuk tetapi dalam keadaan yang stabil. SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment