Bilakah Kilang Kenderaan Pertama Di Malaysia Dibuka?.

on Tuesday, May 21, 2013


Pernahkah anda melihat reka bentuk kereta Bedford Harimau? Reka bentuk tersebut seperti gambar di bawah yang mirip seakan-akan kereta jip. Pada kali ini admin ingin berkongsi dengan anda tentang sejarah kereta Bedford yang dipercayai produk daripada US yang telah membuka kilangnya di Malaysia pada tahun 70an. Biarpun tidak bertahan lama, ia merupakan kereta yang dianggap unik.


General Motors, sebuah syarikat automobil dari US telah membuka kilang pemasangan kenderaan pertama di Malaysia pada 1970an. Mereka telah membeli Capital Motors Assembly Plant di Johor dan telah mengeluarkan beberapa model kereta seperti Opel Kadett, Manta, T-Car Gemini serta Holden Kingswood. Namun, setelah syarikat kenderaan Jepun menguasai pasaran Asia, syarikat pengeluar barat telah mengaku kalah dan berhenti mengeluarkan kenderaan di Malaysia pada 1971. Harimau dipasang dan dikeluarkan di Johor dan dijual dengan harga yang murah.


Namun, oleh kerana tujuan Harimau dihasilkan khas untuk kegunaan perladangan atau agrikultur, model ini hanya mendapat sambutan meluas dari penduduk luar bandar yang memerlukan kenderaan seperti Harimau. Ketika itu juga syarikat pengeluaran kereta dari Jepun telah mengambil alih pasaran kereta di Malaysia dengan memperkenalkan model yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, pihak GM telah mengambil keputusan untuk menjual kilang di Johor itu kepada syarikat Oriental Holdings yang kemudiannya menjadi tempat pembuatan kereta Honda. 

Menakjubkan! Pedang Ini Paling Tajam Di Dunia.


Mungkin kita tertanya-tanya bagaimanakah teknologi pada zaman dahulu dilakukan dalam pembuatan alatan perang seperti pedang. Apabila melihat musuh dengan berpakaian besi, kita sudah tentu dapat mengagak ia seperti satu perkara yang agak sukar untuk ditembusi. Namun jangan silap, pedang yang mereka hasilkan pada ketika itu dipercayai diiktiraf antara pedang paling tajam di dunia. Bayangkan baju besi yang dipakai musuh, dianggap terlalu mudah ditembusi.

Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang “Damascus” yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi.
Pedang ini diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini.
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi.
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Rod “Damascus” berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat.
Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Salahuddin Al-Ayyubi.
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Teks kajian barat tentang Pedang “Damascus”
Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

KPop: Jihyun 4Minute Terus Menari Walaupun Baju Dalam Tertanggal?


Malang dan memalukan. Itu Insiden yang dialami ketua kumpulan 4Minute, Jihyun apabila baju dalamnya tiba-tiba tertanggal disaat mereka sekumpulan sedang rancak membuat persembahan di program Music Bank, minggu lalu.




Ketika kejadian, dia bersama empat anggota lain sedang ligat menari di atas pentas mempersembahkan lagu What’s Your Name. Entah bagaimana, tiba-tiba branya (baju dalam) yang berwarna hitam, tertanggal.

Music-Bank-2013-Bra-Jihyun-4minute

Namun, Jihyun tetap profesional. Dia tetap meneruskan tarian dengan penuh bertenaga seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Melihat aksinya itu, para peminat terus memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berpesan,”Kamu harus lebih hati-hati pada penampilan di masa akan datang. Jihyun, hwaiting!”


Siapakah Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood?.


Nama Ibrahim Pendek merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfilemen pada suatu ketika dahulu. Namanya cukup gah dan pernah berlakon sebaris pelakon hebat seperti Tan Sri P Ramlee. Biarpun telah meninggal dunia pada  25 November 2003, nama Ibrahim sentiasa meniti di bibir peminat kerana aksi lakonannya yang mencuit hati. Tahukah anda bahawa beliau merupakan seorang pelakon Melayu yang pertama berlakon di Hollywood (video disertakan).



Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.


Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.


Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

Sumber

10 Gambar Percutian Keluarga Yang Paling Gagal


Assalamualaikum...


Geli hati tengok gambar-gambar ni. Sejarah lama betul.


Masing-masing bergambar sebab tak ada idea atau terlebih banyak idea.  Yang paling kelakar #4 tu memang pernah berlaku dalam realiti hidup saya :D


Mesti diorang pun gelak kalau tengok gambar masing-masing. 
Korang teringin ambil gambar macam kat bawah? hehe

Gambar ni jugak yang di pilih

Kat dalam semak pun jadilah

Kot ye pun perlu ambil gambar time kawan tengah derita?

Jauh sungguh jarak dua beradik. Kaku.

Janji boleh bergambar je

Bercuti pun boring

Motif?

Tak sudi bergambar

Pernah berlaku jugak ;)

Clown yang tak mampu menggembirakan 




:D


Wassalam...


Read more: http://senyumtanpagedik.blogspot.com/2013/05/10-gambar-percutian-keluarga-yang.html#ixzz2TtqkwAhD

Senarai blogger girl yang paling cun di malaysia (20 gambar)



1. Sekadar Hiasan

2. Fatin Suhana

3. Fatin Liyana

4. Ara Lee

5. Linda Roslan

6. Sarazaqea

7. Syie Mazlan

8. Hanis Zalikha

9. Shafinatul

10. MisSyuha

11. Nisa Kay

12. Liyana Mardiana

13. Zafirah Hanis

14. Yuyu Zulaikha

15. Nazneen Najib

16. Arxar Nadhirah

17. Bella Dela Rosa

18. Amirah Filzah

19. Balqis Bahari

20. Nathrah/CaMca Dan Garfu

Sekeping Gambar Ini Buat Nafas Kita Terhenti Seketika


Assalamualaikum w.b.t

First Prize 2012 World Press Photo of The Year- taken by Samuel Aranda

Nafas terhenti bukan mati. Tapi, sebak simpati.

Tiada cerita sebenar tercoret dari gambar ini. Melainkan photographer hanya dapat memastikan seorang wanita sedang menenangkan lelaki yang juga ahli keluarganya yang tercedera dalam demonstrasi bantahan terhadap Presiden Sanaa Yaman suatu ketika dahulu. 

Tidak kira apa jua cerita sebenar dari kisah ini. Jelas sekali wanita yang mungkin seorang ibu atau mungkin juga seorang isteri ini mempamerkan sokongan tak terhingga buat lelaki yang rebah di pangkuan.

Semakin di perhati, bertambah sebak. Mungkin kerana mereka adalah dari kalangan umat Islam juga. Kesedihan mereka juga adalah kesedihan bagi kita~

Wanita bertudung litup ini penuh dengan rahsia diri yang tersimpan. Biarpun satu dunia tidak dapat membaca reaksi di sebalik hijab. Saya yakin betapa wanita ini sangat berhati tabah dan penyayang! :')

#Pernah tengok abang berjalan longlai *dah la demam, muka sangat kesian* dari asrama menuju ke kereta, saya dengan umi dua beranak menangis tak keruan dalam kereta- kenangan tahun 90an

Wassalam