Sekeping Gambar Ini Buat Nafas Kita Terhenti Seketika

on Tuesday, May 21, 2013


Assalamualaikum w.b.t

First Prize 2012 World Press Photo of The Year- taken by Samuel Aranda

Nafas terhenti bukan mati. Tapi, sebak simpati.

Tiada cerita sebenar tercoret dari gambar ini. Melainkan photographer hanya dapat memastikan seorang wanita sedang menenangkan lelaki yang juga ahli keluarganya yang tercedera dalam demonstrasi bantahan terhadap Presiden Sanaa Yaman suatu ketika dahulu. 

Tidak kira apa jua cerita sebenar dari kisah ini. Jelas sekali wanita yang mungkin seorang ibu atau mungkin juga seorang isteri ini mempamerkan sokongan tak terhingga buat lelaki yang rebah di pangkuan.

Semakin di perhati, bertambah sebak. Mungkin kerana mereka adalah dari kalangan umat Islam juga. Kesedihan mereka juga adalah kesedihan bagi kita~

Wanita bertudung litup ini penuh dengan rahsia diri yang tersimpan. Biarpun satu dunia tidak dapat membaca reaksi di sebalik hijab. Saya yakin betapa wanita ini sangat berhati tabah dan penyayang! :')

#Pernah tengok abang berjalan longlai *dah la demam, muka sangat kesian* dari asrama menuju ke kereta, saya dengan umi dua beranak menangis tak keruan dalam kereta- kenangan tahun 90an

Wassalam

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment