Cara Pengemis Buat Luka Menggunakan Gam Untuk Raih Simpati

on Thursday, May 23, 2013

 

Pengemis-pengemis di negara China terlalu pandai untuk meraih simpati orang ramai di negara mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit.
Caranya mudah bagi mereka.
Pengemis-pengemis akan membuatkan diri mereka seolah-oleh mempunyai luka yang teruk dan berdarah banyak.
Dengan cara itu, orang ramai akan berasa kasihan dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Luka yang dilihat sangat teruk sebenarnya hanyalah dibuat-buat sahaja.
Dengan bahan-bahan yang tertentu, mereka mampu membuat luka atau kesan sakit yang teruk di kulit mereka.
Bahan-bahannnya adalah:
-    Gam
-    Pewarna merah
-    Span pencuci pinggan
-    Pencungkil gigi
-    Pengorek telinga
1.    Sapukan gam pada kulit dan dibiarkan hingga kering.
1

2.    Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.
2
3.    Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.
3
4.    Gam yang sudah kering di cungkil bahagian tepi dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kulit terkopek.
4
5.    Sapukan pewarna merah dengan pengorek telinga di bahagian yang menampakkan luka dalam.
5
Mudah bukan?
7

Pelihara Ular Sehingga Menjadi Gergasi.



Jangan kata melihat ular, memegang  pun kadangkala menjadikan sebahagian daripada kita akan takut. Namun memang normal kerana ular merupakan satu spesis haiwan liar yang mampu mencederakan manusia sehingga boleh membawa maut. Tetapi tidak kepada lelaki ini apabila berani memelihara seekor ular sawa dari bersaiz kecil sehinggalah kini ia bersaiz gergasi. Namun ular ini dikatakan jinak terhadap tuannya.

Seekor ular sawa diberi nama timangan Gaban kini mampu digelar ‘ular gergasi’ apabila beratnya mencecah lebih 130 kilogram dengan panjang lapan meter selepas dipelihara sejak 11 tahun lalu.


Reptilia milik Nor Hizan Abd Ghani, 55, atau Pak Atan mula dipelihara dari saiz sepanjang 60 sentimeter pada 2001 selepas anak saudaranya, Romi Nor Izham, (kini 21 tahun) meminta hadiah berkenaan ketika mahu berkhatan.

Pak Atan yang mengusahakan inap desa Kampung Pulau Pisang, Tunjang, di sini, berkata dia berminat memelihara reptilia berkenaan yang diperoleh dari pihak tertentu di Perlis bagi menunaikan hasrat Romi ketika berusia 10 tahun sebagai hadiah.

“Romi meletakkan syarat mahu ular sawa sebagai hadiah sebelum berkhatan, jadi sebagai tanda kasih kepadanya, saya berusaha mendapatkan reptilia berkenaan.

“Ia hanya sepanjang 60 sentimeter ketika diambil dan boleh diletakkan atas tapak tangan serta boleh dibawa ke mana-mana, namun selepas itu saya mengambil tanggungjawab memelihara ular sawa berkenaan memandangkan Romi masih bersekolah ketika itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pak Atan berkata, ular sawa itu terpaksa diletakkan dalam pelbagai saiz akuarium di rumahnya hingga berusia enam tahun sebelum dimasukkan dalam sebuah sangkar khas dibina di luar rumahnya ketika berusia tujuh tahun hingga sekarang.

Menurutnya, dia memperuntukkan RM200 membeli 10 ayam daging untuk makanan Gaban setiap bulan dan mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk makan seekor ayam.

“Saya tidak rasa hobi ini satu bebanan kerana turut menjadi minat seluruh ahli keluarga, malah mereka sudah tidak takut dengan Gaban selain menjadi daya tarikan kepada inap desa kami yang sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negeri setiap hari.

“Setiap hari hampir 40 pengunjung datang melihat sendiri ular sawa berkenaan, namun ada juga pengunjung inap desa yang membatalkan niat menginap selepas mengetahui terdapat ular sawa dipelihara di sini,” katanya.

Dia bercadang membuat ‘roadshow’ dengan mempamerkan Gaban kepada orang ramai di mana-mana karnival bermula tahun depan.



Pelik! Nanas Berbentuk Kipas Tangan.


Penemuan buah-buahan pelik sering kita dengar terutamanya tentang pokok pisang. Pelbagai kisah unik antaranya seperti pisang berbuah dua kali, pokok pisang berdarah dan lain-lain lagi. Namun kali ini ia adalah penemuan buah nanas yang dilihat berbentuk seperti kipas tangan. Dari sudut pandangnya, ia memang pelik kerana berbeza dari apa yang kita lihat sebelum ini.

Seorang pemuda terkejut apabila nanas yang ditanam di halaman rumahnya di kampung Parit Kerimon, di sini berbentuk seakan-akan kipas tangan. Aziz Wahad, 32, mula menyedari kewujudan nanas tersebut ketika pulang dari kerja petang kelmarin. Dia pada mulanya menyangka terdapat dua pokok nanas yang berbuah terlalu dekat, namun setelah didekati nyata sangkaannya itu meleset.

“Saya terus ke pokok nanas tersebut, alangkah terkejutnya selepas mendapati buah nanas itu leper tidak seperti nenas lain.

“Saya segera mengambil parang dan memotong nanas tersebut, dan mendapati ia berbentuk seakan kipas tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Kerimon, di sini, semalam.

Menurutnya, dia segera memberitahu penemuan nenas yang disifatkan berbentuk pelik ini kepada kakak dan ibunya.

“Mereka turut memberitahu tidak pernah melihat nanas seumpama ini dan menyifatkan kejadian itu adalah kali pertama,

“Saya juga turut menceritakan penemuan ini kepada penduduk kampung dan mereka turut terkejut selain menyatakan ia adalah penemuan kali pertama,” katanya.

Katanya, nanas pelik itu bukanlah dari di kacukan sebaliknya hanya nanas biasa yang ditanam dan dibiarkan membesar.

“Nanas ini bukan dari benih kacukan tetapi nanas biasa atau nanas kampung yang biasanya ditanam di kawasan halaman rumah,” katanya.

Dia yang bekerja kampung berkata, akan menyimpan nanas tersebut sebagai kenangan kerana nanas tersebut begitu istimewa baginya.

Lelaki Angkat Tangan Selama Lebih 38 Tahun.

 

Apabila kita mengangkat tangan ke atas, sudah pasti dalam masa beberapa minit sahaja sudah merasai betapa lenguhnya sendi. Namun pernahkah kita terfikir dalam dunia ini terdapat seorang lelaki yang bertindak pelik mengangkat tangannya ke atas. Tindakan ini dilakukan adalah kerana kepercayaan terhadap agamanya sendiri. Bayangkanlah dirinya telah mengangkat tangan lebih 38 tahun. Sedangkan kita sendiri pun angkat sekejap sudah merasa lenguhnya.


Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.



Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva. Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun.


Wajah Manusia Pada Batang Pokok?.


Kemunculan wajah persis manusia di pokok bukanlah satu perkara yang baru, kerana sebelum ini juga pernah digemparkan wajah manusia di batang pisang. Namun ia bukanlah sering kita dengari.

Terbaru wajah manusia dikesan pada sebatang pokok dan ia hanya disedari apabila pokok tersebut ditebang.

Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

“Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya,” katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat ‘wajah’ itu.

“Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu,” katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

“Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik,” kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

Sewel Betullah Macamana Lelaki Ini Boleh Tertelan Spanar (Video).


Bagaimana jikalau anda tertelan spanar, ikut logik bolehke manusia dengan tidak sengaja tertelan spanar yang panjangnya hampir 1 kaki?............ manusia yang sengal tahap gaban aje yang boleh tertelan spanar ni. Difahamkan seorang lelaki yang lagak seperti ‘doktor’ cuba untuk menyelamatkan mangsa ini daripada spanar tersebut terus berada di dalam perut. 


Lelaki Ini Berani Mendaki Air Terjun Beku.

on Wednesday, May 22, 2013



Mendaki bukit itu perkara biasa, juga biasa bagi pendaki gunung. Namun pernahkah orang di luar sana mencuba mendaki air terjun yang dalam keadaan beku? Ia agak suakr dan sangat berbahaya. Bayangkan jika lelaki ini sedang mendaki tiba-tiba ais tersebut pecah dan mencair, sudah tentu ia terdedah kepada bahaya. Keberanian luar biasa lelaki ini memang dipuji ramai pihak.


Seorang lelaki, di sini dilabel sebagai seorang pendaki berani mati kerana sanggup membahayakan diri dengan mendaki air terjun yang membeku, berada pada ketinggian 137 meter, semata-semata mahu mencapai kepuasan diri. Detik-detik menakutkan yang dilalui pendaki tersebut, Walter Hungerbuhler semasa membuat pendakian itu sempat dirakamkan oleh seorang jurufoto, Rainer Eder yang berada di lokasi air terjun itu di kampung Wolfenschiessen, tengah Switzerland.


Hungerbuhler mengakui dia telah banyak kali melakukan pendakian di air terjun yang membeku semasa musim sejuk dengan menggunakan peralatan seperti tali dan tukul ais. Katanya, dia mengambil peluang untuk mendaki air terjun Al Kaide itu yang merupakan air terjun paling sukar, walaupun berdepan risiko ais pecah dan mencair. “Semasa mendaki, ais terjun akan mengeluarkan bunyi menyeramkan seolah-olah ia akan pecah dan mencair, tetapi bunyi tersebut merupakan petanda yang selamat,” katanya.



Jurufoto terbabit, Eder berkata, lokasi ais terjun tersebut tidak berada jauh dari rumahnya. “Keberanian Hungerbuhler sangat mengagumkan dan foto yang saya ambil sudah cukup menggambarkan keberanian tersebut,” katanya. Wolfenschiessen terletak di kawasan pergunungan berdekatan Tasik Lucerne dan wilayah itu terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.